Sunday, November 27, 2011

Harimau Malaya mula digeruni di rantau Asia Tenggara

Barisan Juara Pesta Bola Merdeka 2007


Jika diimbas kembali kebangkitan bola sepak Malaysia bermula pada tahun 2007. Dimana pasukan B-23 negara menjuarai Pesta Bola Merdeka setelah menewaskan Myanmar 3-1 pada perlawanan akhir. Pasukan ketika itu dibarisi Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Zaquan Adha, Khyril Muhymin, dan Aidil Zafuan yang dibimbing oleh B.Sathianathan. Kini pemain2 tersebut jugalah yang menjadi tonggak skuad senior negara.

Barisan 'Ibu Emas' Sukan Sea 2009


Tahun 2009 telah mengembalikan kegemilangan bola sepak tanah air. Pasukan B-23 negara membuat kejutan apabila menamatkan 20 tahun kemarau pingat emas pada temasya Sukan Sea Vientiene, Laos setelah menewaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir. Pasukan ketika itu dibarisi Sharbinee Alawi, Muslim Ahmad, K.Gurusamy, Nasriq Baharom, Fakri Saarani, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S.Kunanlan, Baddrol Bakhtiar, Sabree Mat Abu, dan Norshahrul Idlan Talaha. Pasukan ini ketika itu dibimbing oleh Datuk K Rajagobal.


Barisan Juara AFF Suzuki Cup 2010


Dibarisi campuran pemain B-23 dan senior. Harimau Malaya terus mengaum pada tahun berikutnya dibawah bimbingan Datuk K.Rajagobal. Kini giliran pasukan senior negara pula mencipta nama. Beraksi untuk kali kedua pada final AFF Suzuki Cup yang dulunya dikenali sebagai Tiger Cup telah digunakan sebaik mungkin pasukan negara. Menentang musuh serumpun, Indonesia menjadikan perlawanan akhir tersebut penuh dramatik, emosi dan sentimen. Pasukan negara pada mulanya dimalukan dihadapan 90 ribu penyokong fanatik Indonesia setelah kalah 1-6 kepada Indonesia pada aksi kumpulan.


Kemudian pasukan negara bangkit sehingga mara ke final untuk sekali lagi bertemu Indonesia. Peluang terbaik untuk Harimau Malaya membalas dendam. Final yang dilangsungkan secara timbal balik memberi peluang Harimau Malaya beraksi di kandang sendiri. Dibantu sorakan 90 ribu penyokong setia, hasilnya kita berjaya membaham Garuda 3-0. Walaupun aksi kedua kita tewas 1-2, namun secara agregat kita berjaya muncul juara dengan kemenangan 4-2.




Barisan 'Ibu Emas' Sukan Sea 2011


Tahun 2011 merupakan kenangan paling manis buat peminat bola sepak tanah air. Pasukan B-23 negara berjaya mengutip pingat emas walaupun dalam keadaan yang tidak tenteram di bumi Jakarta. Pelbagai rintangan dihadapi pasukan bola sepak negara sebelum pertandingan bermula sehinggalah kita pingat dikalungkan ke leher. Baddrol Bakhtiar kali ini diangkat sebagai kapten. Pemain2 lain dari 'pasukan emas' 2009 adalah Muslim Ahmad, Asraruddin, Mahali Jasuli, K.Gurusamy dan Fakri Saarani.


Provokasi, ejekan, dan cacian dari pihak tuan rumah adalah 'makanan' bagi seluruh kontinjen negara pada temasya Sukan Sea kali ini. Jadi, menewaskan Indonesia di final merupakan seribu kepuasan kepada kita. 182 pingat emas Indonesia tidak sama dengan sebutir pingat emas dalam acara bola sepak. Kerana itulah ia digelar ibu segala pingat atau 'Ibu Emas'.


Begitulah rentetan kebangkitan Harimau Malaya sehinggalah kita berjaya mempertahankan 'Ibu Emas' pada temasya Sukan Sea Jakarta-Palembang, Indonesia. Dua tahun berturut-turut kita menentang Indonesia di final. Dua kali berturut-turut juga kita muncul juara di Gelora Bung Karno.

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda kekalkan 'Ibu Emas'

Syahrul Azwari meraikan golnya ke atas Indonesia (Group stage)



Selepas menewaskan Myanmar 1-0 di semi-final, Malaysia sekali lagi bertemu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno buat kali ke-2 dalam tempoh 4 hari. Final yang kedua berturut-turut buat Malaysia. Misi Malaysia kali ini lebih besar apabila turun untuk mempertahankan pingat emas di hadapan lebih 100 ribu penyokong fanatik tuan rumah. Namun begitu, Malaysia terpaksa beraksi tanpa beberapa tonggak utama yang tercedera iaitu Syahrul Azwari, Wan Zaharulnizam, dan Izzaq Faris Ramlan. Walaupun begitu, Ong Kim Swee masih mampu membentuk skuad yang mantap.




Bas yang membawa skuad Malaysia dikepung fans Indonesia (Final)



Melangkah ke perlawanan akhir bukanlah suatu perkara yang mudah untuk Malaysia. Sejak perlawanan pertama peringkat kumpulan skuad negara telah menerima pelbagai dugaan. Antaranya diprovoke oleh penyokong tuan rumah, Indonesia. Malah perkara tersebut semakin memuncak sehingga ke game terakhir Kumpulan A diantara Malaysia dan Indonesia. Akhirnya kita berjaya menutup mulut mereka apabila kita menang 1-0. Pada semi-final pula Malaysia terpaksa bermain tanpa Ong Kim Swee di tepi padang kerana beliau telah digantung untuk game itu. Namun, kita berjaya juga mara ke final apabila menewaskan Myanmar 1-0 di semi-final.



Asra meraikan golnya untuk kedudukan 1-1 (Final)




Bahang pertemuan Malaysia-Indonesia sekali lagi memuncak. Indonesia mendapat gol seawal minit ke 4' menerusi tandukan Gunawan Dwi Cahyo hasil daripada corner-kick Oktovianus. Game selepas itu berlangsung dengan sengit apabila kedua-dua pasukan saling membuat serangan berbahaya. Aksi keras juga turut menghiasi game tersebut dan membuatkan keadaan semakin panas dan bergelora. Pada minit ke 33', Malaysia akhirnya mendapat gol penyamaan apabila kapten Baddrol Bakhtiar membuat hantaran lintang ke dalam penalty box lalu ditanduk masuk oleh Asraruddin Putra Omar. Game kembali berlangsung dengan sengit namun kedudukan 1-1 kekal hingga tamat permainan.


Player2 Malaysia meraikan kemenangan penalti 4-3 (Final)





Game seterusnya meleret ke penentuan sepakan penalti setelah kedudukan 1-1 kekal didalam masa tambahan. 2 player Indonesia gagal menyempurnakan sepakan iaitu Gunawan Dwi Cahyo yang sepakannnya terkena tiang gol dan sepakan Ferdinand Sinaga pula ditampan Khairul Fahmi. Player Malaysia Fakri Saarani turut gagal apabila sepakannya ditampan Kurnia Meiga. Setelah kedudukan 3-3 dan Malaysia masih berbaki 1 sepakan, Baddrol Bakhtiar muncul wira negara dengan menceriakan seluruh rakyat Malaysia apabila menyempurnakan sepakan penalti sekaligus mempertahankan pingat emas di hadapan 100 ribu penyokong fanatik Indonesia yang terlalu mengharap Garuda Muda dapat mengganyang Harimau Muda untuk mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas bola sepak mereka.




Player2 Malaysia meraikan pingat emas


Ternyata, segala provokasi yang dilancar penyokong2 Indonesia terhadap Malaysia akhirnya memakan diri. Keputusan pengadil yang kadang-kala agak berat sebelah juga tidak melunturkan semangat player2 Malaysia. Player2 Malaysia sebaliknya lebih bersemangat untuk mengharungi 'neraka' yang dicipta tuan rumah. Akhirnya, Harimau Malaya 'mengaum' di bumi Garuda.



p/s: sebahagian besar player2 dlm team nie still blh main next sea games, hope kita dpt kekalkan emas lagi. Malaysia Boleh !

Thursday, November 17, 2011

GARUDA DIMALUKAN DEPAN 90 RIBU BERUK

beruk2 berteriakan

Apa yang atlet2, coach2, pegawai2 dan reporters belum rasa ???


1.LAGU NEGARAKU DI CACI

hati siapa yang tak panas??? setiap kali lagu kebangsaan kita 'NEGARAKU' berkumandang, maka pada waktu itu jugalah penonton2 tuan rumah akan membuat bunyi bising sambil melaungkan kata ejekan 'MALING' terhadap atlet2 negara kita. Sehingga tidak kedengaran lagu kebangsaan kita.

*MALING = PENCURI

2.DI CACI/DI EJEK
di caci/di ejek oleh penonton2 tuan rumah Indonesia setiap kali kita turun beraksi walaupun game yang tak melibatkan aksi tuan rumah. Penonton2 tuan rumah akan memberi sokongan kepada lawan Malaysia kerana mahukan Malaysia tewas dalam apa acara sekalipun.

3.WARTAWAN DIHALAU
insiden yang sangat membakar jiwa kita apabila wartawan2 dari Malaysia dihalang untuk membuat liputan. Sedangkan wartawan2 dari negara lain dibenarkan

4.MAKANAN TERCEMAR
beberapa atlet Malaysia diserang cirit-birit apabila makanan yang disediakan tuan rumah tercemar. Hal ini membuatkan atlet2 kita kurang perform ketika beraksi.


KESOMBONGAN INDONESIA bermula apabila mereka berjaya menewaskan Malaysia dalam acara Sepak Takraw diperingkat separuh akhir. Kekalahan itu jugalah yang telah memadam tradisi Final Sepak Takraw yang setiap kali menemukan antara Malaysia dan Thailand.

Indonesia terus megah apabila berjaya menewaskan Malaysia dalam acara badminton berpasukan. Mereka begitu beria-ia mahukan pingat emas apabila menghantar kesemua bintang Badminton mereka.

Single: Simon Santoso

Double: Mohammad Ahsan dan Bona Septano

Double: Markis Kido dan Hendra Setiawan

Malaysia pula hanya menghantar pemain pelapis negara sebagai pendedahan buat mereka. Malaysia boleh menghantar jaguh dunia seperti Lee Chong Wei, Koo Ken Kiat-Tan Boon Heong, Zakry Latif-Fairuzizzuan Tazary. Malah Malaysia boleh menang mudah jika berbuat demikian tapi Malaysia bersikap profesional apabila hanya menghantar pemain2 muda.

MISI mereka belum selesai, ini kerana bola sepak adalah acara yang paling mendapat tumpuan. Mereka mahukan hatrik. Mereka tersangat mahu menewaskan Malaysia dalam pertembungan terakhir peringkat kumpulan. Pelbagai perang psikologi dilancarkan. Ejekan dan cacian mereka ternyata gagal menjatuhkan moral tumpuan player kita. Kita sebaliknya terus melakar kemenangan dengan menewaskan Thailand dan Kemboja. Ini yang buatkan beruk2 indon terlompat2 seperti cacing kepanasan.

Perlawanan yang dinanti2 rakyat kedua2 negara akhirnya tiba. Lagu 'NEGARAKU' sekali lagi di ejek dengan laungan perkataan 'MALING' oleh 90 ribu beruk2 indon. Inilah lambang rakyat negara mundur. Rakyatnya tiada tamadun walaupun dunia sudah berumur 2011 masihi. Rakyatnya tak pernah bersyukur dengan nikmat rezeki yang mereka dapat dari Malaysia.


Player2 Malaysia yang diasuh dengan sikap hormat terhadap bangsa lain bermain seperti biasa malah maruah negara yang dibawa membuatkan aksi mereka lebih cemerlang. Hasilnya kita memperoleh gol kemenangan pada minit ke 18 menerusi Syahrul Azwari. Gol yang menutup terus suara2 sumbang beruk2 Indon untuk tempoh 90 minit. Mereka akhirnya terus kempunan. KEMPUNAN dihadapan 90 ribu beruk2 mereka.






gol kemenagan Malaysia dari Syahrul Azwari

Kenapa mereka hanya terdiam dalam masa 90 minit???

kerana selepas ini mereka akan berikan pelbagai alasan tahap otak lembu.

contohnya:

1. Mereka hanya pakai pemain2 simpanan
2.Syahrul Azwari keturunannya dari Indonesia juga (walaupun hakikatnya beliau orang kelantan)
3.Gol Malaysia offside

itulah INDON.

walau apa pun alasannya,

apa yang pasti kita sudah tewaskan mereka di gelanggang mereka,

di hadapan 90 ribu beruk2 Indon

27 juta rakyat Malaysia puas !


p/s: Indonesia bisa?? Malaysia Boleh!

Wednesday, November 16, 2011

Safiq and Amirulhadi stay



Baru-baru ini Dato' Hamidin Amin telah mengumumkan senarai 16 pemain skuad Selangor yang akan memulakan saingan liga untuk musim 2012. Senarai tersebut akan bertambah memandangkan Selangor masih belum menandatangani player2 import secara rasmi dan masih mengintai beberapa local star player.

Antara nama besar yang kekal bersama Selangor adalah bekas captain negara Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal. Hal ini sekaligus menutup spekulasi yang mengaitkan Safiq akan ke Perak dan Amirulhadi akan ke Kelantan.

Antara player2 lain yang kekal adalah Asraruddin, Nasriq Baharom, Razman Roslan, P.Gunalan, Bunyamin Omar, Amri Yahyah, Azidan Sarudin, Fitri Syazwan, dan Fazilidin Khalid.

Antara player2 yang akan keluar pula adalah Khairul Anuar Baharom, D.Surendren, Hardi Jaafar, Fadzli Shaari dan Rudie Ramli.

Player2 baru yang menyertai Selangor adalah winger Kelantan K.Soley, goalkeeper USM FC G.Jeevanathan dan midfielder Felda United Mohd Hasmarul.


p/s: kemungkinan Dato' Hamidin akan umumkan senarai lengkap skuad Selangor selepas beliau balik dari Sukan Sea





Monday, November 14, 2011

PTPTN, MAHASISWA, dan KERAJAAN



Ramai yang bising pasal PTPTN, kononnya mahasiswa lari tak nak bayar. Lepas tu bising pasal mahasiswa pilih kerja. Tapi pernah ke kerajaan fikir masalah mahasiswa? Nak kerja elok sikit bersesuaian dengan bidang dan course yang di ambil untuk memudahkan bayar hutang.. tapi bila dapat kerja gaji RM1,000, bayar sewa rumah RM200 monthly sebab share2, lepas tu motor RM250, RM20 electricity n water, RM200 barangan dapur.

Balance dalam RM300++. Nak hantar duit kat mak lagi. Tak kan lah dah kerja taknak bagi mak duit? Nak juga gembirakan hati mak. Dan lain2 perbelanjaan seperti minyak, makan di tempat kerja, dan pelbagai lagi. Semua perlukan duit. Kalau dapat bayar RM30 sebulan pun rasa seronok macam dah kurang dosa dari lari bayar hutang tapi bila tengok balance tak pernah nampak macam susut rasa sakit hati pula.

Yang kerajaan tahu nak salahkan mahasiswa kononnya liat nak bayar hutang dan tak pandai nak berterima kasih. lagi tertekan, had umur persaraan dinaikkan ke umur 60 tahun..sampai bila mahasiswa nak menganggur lagi?

-petikan dari sebuah page di facebook


p/s: kalau takde korupsi, tentu tak perlu pinjaman, sebaliknya dapat biasiswa. kan?

BERPELUH JINAKKAN KEMBOJA




Malaysia menepati ramalan apabila berjaya menundukkan Kemboja 4-1. Sejak tiupan wisel pertama, Malaysia sudah mula mengatur gerakan dengan mengasak bertubi-tubi ke arah kubu Kemboja dan menguasai sebahagian besar permainan.

Hasilnya Malaysia berjaya merobek gawang Kemboja untuk gol pertama pada minit ke 7 menerusi tandukan Izzaq Faris yang mendapat hantaran daripada Kuong Yong. Malaysia kemudiannya terus menambah derita Kemboja apabila Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kedua pada minit ke 36 menerusi percubaan dari jarak 25 meter. Baddrol Bakhtiar terus meletakkan Malaysia pada kedudukan selesa untuk menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 40. 1st half berakhir dengan Malaysia 3 gol dihadapan.

Bermula 2nd half, Malaysia seolah-olah hilang punca dan permainan agak berterabur dan kelam-kabut. Akibatnya gawang Malaysia dibolosi pada minit ke 59 menerusi rembatan pemain Kemboja berdekatan kotak penalti. Setelah berhempas pulas menyerap asakan Kemboja dan sorakan serta ejekan dari penyokong tuan rumah, Malaysia akhirnya melengkapkan kemenangan dengan jaringan 4-1 apabila Wan Zaharulnizam menjaringkan gol dengan merembat cantik dari bucu kotak penalti pada minit 90.

Malaysia akan menentang tuan rumah Indonesia pada 17 Nov(Khamis) ini untuk melengkapkan saingan peringkat kumpulan. Perlawanan yang sudah pasti dinanti-nantikan rakyat kedua2 negara. Malah bahangya pasti ibarat final AFF Suzuki Cup.

p/s: lawan Indonesia habis-habisan, jangan bagi peluang langsung !

Friday, November 11, 2011

FANS INDONESIA GENTAR kelibat Harimau u23



Ngauman Harimau Muda mula membimbangkan fans fanatik Indonesia. So, x perlulah kita hairan setiap kali ketika player2 kita menyerang pasukan lawan, player2 kita akan di 'boo'. Manakala apabila pasukan kita diserang pasukan lawan, fans Indonesia akan bersorak pula.

Mereka sangat rajin untuk 'boo' kita dan bersorak bagi pihak lawan kita walaupun bukan pasukan negara mereka yang menentang pasukan kita. Ini kerana mereka sudah mula sedar bahawa mereka perlu menyerang player2 kita dari segi psikologi kerana mereka sudah nampak aksi permainan pasukan kita yang semakin hebat.

Mereka berharap dengan cara itu moral player2 kita akan down dan pasukan kita akan tewas. Sudah pasti mereka sebenarnya mahukan pasukan kita akan gagal terlebih dahulu sebelum bertemu pasukan Indonesia pada perlawanan terakhir peringkat group. Dengan itu, pasukan Indonesia tidak akan tertekan untuk bertemu pasukan Malaysia.


p/s: perlawanan yang dinanti-nantikan seluruh warga ASEAN pada 17 Nov nie, Indonesia vs MALAYSIA. Ibarat ulangan AFF Suzuki Cup.