Thursday, April 26, 2012

BERSIH 3.0, relevan ke ?

Alahai..apalah yang nak dikecohkan sangat dengan Bersih ni. Benda bukan dorang nak buat rusuhan pun, bukannya nak gulingkan kerajaan pun. Dorang tu cumalah nak duduk bersila kat Dataran Merdeka tu. Mat rempit, mat kereta, cikaro-cikaro boleh pulak korang benarkan melepak kat dataran tu setiap malam. Bukan setakat melepak je aku rasa, ntah macam-macam 'projek' dorang buat. Takde pulak korang nak halau. Tapi bila bab Bersih, korang haramkan buat kat dataran. Nampak sangat korang takut dengan gelombang rakyat. Apasal takut? takut dunia tau yang Pilihanraya kat Malaysia ni tak adil?

Orang-orang yang tak faham ni lagi satu hal mangkuk. Macam-macam alasan korang beri. Jalan jem laa, tak boleh nak berniaga lah. Lancau apa korang ni. Dorang tu buat satu tarikh je. 28 APRIL 2012. Apalah yang korang sakit hati sangat ni. Tak boleh ke kalau 28 APRIL 2012 tu korang duk je kat umah siang tu? lagi pun bukannya geng Bersih ni gi merayap satu KL pun. Cumalah kat Dataran Merdeka tu je dan dua laluan yang dorang akan lalu untuk ke dataran. Tu pun tak boleh ke? Yang pasal tak boleh berniaga ni satu hal bengap lagi. Aku rasa time tu lah paling masyuk sekali kalau korang nak jual air mineral ke, air cincau ke, burger ke. Aku kompem mesti tak sampai setengah jam barang-barang makan minum korang tu dah licin.

Ni semua pasal korang tu dengki. Bila nampak program tu tak menyebelahi kerajaan mulalah korang 'sembur' macam-macam. Yang korang sokong semua program yang jilat kerajaan je. Yang berlawanan arus awal-awal korang tentang. Langsung korang tak selami apa motif geng Bersih tu buat perhimpunan kat dataran. Kau ingat dorang tu suka-suka je ke nak duduk bersila kat tengah-tengah panas tu? dorang tu pun bukannya orang-orang muda semua. Ramai juga yang sebaya dengan mak bapak kita. Bila dorang dah sanggup luangkan masa dan duduk tengah-tengah panas kat dataran tu, tentulah ada sebab. Sebabnya apa? Sebabnya dorang tu dah tak tahan dengan sistem Pilihanraya kat Malaysia ni. Tunggang-langgang. Aku nak cerita kat sini pun panjang. Kalau korang ni jenis yang ambil tahu kompem dengan sendirinya korang akan search kat internet. Baca sikit media-media alternatif. Kat tv tu bukannya boleh pakai. Semua kaki jilat, kaki kencing.

Mesti korang bertanya lagi kan? Perlu ke nak ke dataran? perlu ke nak ke jalanraya? Yes! bagi aku memang perlu. Sebab benda ni melibatkan kita semua. Apa banggangnya kalau kita beratur time mengundi tapi sistem Pilihanraya tak betul. Serius buang masa. Sebab tu perlunya dorang ke dataran. Untuk tunjukkan yang rakyat Malaysia betul-betul komited nak lawan masalah ni. Kenapa pilih dataran? Apasal tak buat dalam stadium? Bagi aku mudah je. Dataran Merdeka tu simbol kebebasan dan kemerdekaan. Dorang semua ni inginkan 'bebas' dan 'merdeka' dari masalah-masalah dalam sistem Pilihanraya negara kita. Dataran Merdeka sangat simbolik. Please, Dataran Merdeka tu bukan hak milik individu. Dataran Merdeka hak rakyat. So, please bagi dorang just beberapa jam je untuk berhimpun kat dataran tu. Tak ada apa benda negatif pun yang dorang nak buat. Dah habis program tu dorang pun akan balik ke rumah masing-masing. Semuanya akan kembali seperti biasa. Sebuah negara yang aman damai.

Ada juga yang cakap, kalau hati tu bersih doa jela time solat mintak Pilihanraya kita ni bersih. Ok betul. Aku setuju, doa itu senjata mukmin. Tapi doa je cukup ke? Tu orang Palestin, apasal dorang tak berdoa je time solat mintak Tuhan hapuskan Israel Zionis? Doa je tak cukup beb, usaha kena ada. Aku rasa apa yang geng bersih buat pun bukannya radikal. Just berhimpun je. Bukannya nak baling batu kat polis dengan FRU pun. Bukannya nak menjahanamkan KL pun. So, stop daripada argue benda-benda yang korang sendiri boleh fikir. Bukan apa, takut nanti jadi bodoh kalau otak tu tak dipakai untuk berfikir. Ada akal guna. Kbai.

Wednesday, April 25, 2012

Luahan Hati Penyokong Arsenal

Jasa beliau di Arsenal sangat kami kenang dan hargai. Tapi langkah beliau meninggalkan Arsenal kerana berasakan Arsenal sebuah pasukan yang tak mampu merealisasikan cita-citanya untuk merangkul kejuaraan Eropah begitu mengguris hati kami. Penghijrahannya ke Barcelona pada tahun lepas mengulangi kisah Thiery Henry yang juga ke Barcelona pada tahun 2007. Begitu terkesan rasanya hati kami. Dua pemain bintang dan harapan telah meninggalkan kami. Malah kami begitu terguris kerana kedua-dua pemain tersebut berhijrah ke Barcelona. Sebuah pasukan yang telah melenyapkan impian kami di Final UCL 2006 dan seterusnya dua kali di peringkat 16 pasukan terakhir pada 2010 dan suku akhir pada 2011.

Namun sebagai peminat bolasepak yang profesional, kami terima pemergian mereka dengan hati yang terbuka disamping mendoakan kejayaan mereka di club baru. Begitulah sayangnya kami kepada Henry dan Fabregas. Tetapi, peristiwa awal pagi tadi begitu memeranjatkan semua pihak. Setiap lapisan masyarakat dan peringkat umur mengikuti perlawanan separuh akhir UCL diantara Barcelona dan Chelsea. Malah penyokong-penyokong club lain turut bersengkang mata bagi mengikuti apa penyudahan perlawanan separuh akhir 2nd leg tersebut. Kami penyokong Arsenal begitu mengharap Barcelona akan dikecewakan. Dendam kami sejak 2006 bukan kecik-kecik dendam. Mengingat kembali Messi tergelak-gelak memalukan Arsenal di Nou Camp pada 2010 begitu menyakitkan hati kami.

Benarlah kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu". Tatkala Barcelona dilihat sebagai pasukan yang tiada tolok bandingnya, Chelsea pula tampil sebagai 'hero tak banyak bercakap'. Perlawanan tersebut sememangnya dikuasai Barcelona sejak dari wisel pertama. Chelsea pula dilihat lebih berminat untuk membina 'tembok' dikawasan kotak penalti mereka. Mungkin disebabkan terlalu tamak, Barcelona akhirnya terpaksa akur dengan penyingkiran mereka. Mereka sebenarnya sudah layak jika bermain seperti seorang yang cool. Mereka berjaya mendahului 2 gol pada penghujung babak pertama, namun sikap tak pernah puas dan gemar memalukan orang dengan ingin mencari jumlah gol yang besar akhirnya memakan diri sendiri. Ramires yang tidak dikawal berjaya mencuri satu gol sebelum rehat.

Tentunya Messi yang harus dipersalahkan dalam hal ini selain defender-defender yang lalai. Merembat bola ke palang begitu membuatkan penyokong Barcelona naik sewel. Tapi kalau korang nak tau, Messi memang biasa tak score penalti. Memang kebanyakan penaltinya berjaya disempurnakan, tapi yang tak sempurna pun boleh tahan juga. Torres akhirnya memadam sisa perjuangan Barcelona dengan gol penyamaan pada masa kecederaan. Maka, sejarah awal pagi tadi telah memberitahu Fabregas, bahawa berhijrah ke Nou Camp bukanlah jalan pintas untuk beliau menjulang mahkota UCL. Kini terbukti, Barcelona juga tak sentiasa mampu menggapai setiap piala yang mereka idamkan.

Torres

Torres mungkin menarik balik hasrat untuk bersara muda. Gol-gol senang ni bukan cara Torres aku rasa. Dia ni jenis nak score time kritikal je mungkin. Tu yang aku panas dengan perangai dia nih. Tapi fans Barcelona kompem paling koman mimpi muka Torres mau 2,3 hari. Kikiki.

Mohon Messi menari palang. Kikiki.

Tuesday, April 24, 2012

Mampukah Drogba mengukir senyuman?

16 February 2011 adalah tarikh yang paling nikmat bagi aku. Sepanjang hari rasa seronok. Hari tu lecturer bagi assignment lebih pun aku tersenyum. Ini semua bermula selepas lebih kurang 4.30 pagi. Dimana Andrei Arshavin telah menjaringkan gol kedua merangkap gol kemenangan Arsenal pada minit ke 83. Cukup untuk membuatkan hati aku puas setelah dikecewakan Barcelona pada season sebelumnya. Lionel Messi dan rakan-rakan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Kalau season sebelum tu dia tergelak-gelak membuli budak-budak Arsenal dengan membelasah 4-1 pada pusingan kedua peringkat suku akhir, tapi kali nie dia kena terima yang budak-budak Arsenal semakin meningkat dewasa dan matang. Melihat mereka termenung sugul pun sudah cukup hebat bagi aku.

Tapi apakan daya, era kebangkitan Barcelona sejak tahun 2006 memang tidak dapat dibendung. Kemenangan adalah perkara biasa bagi mereka. Seolah-olah macam makan nasi. Tak ada apa yang nak dipelikkan. Kebanyakan club yang terpaksa berdepan mereka awal-awal lagi sudah memikirkan bagaimana cara yang mujarab agar tidak dikendurikan oleh Barcelona. Tak ramai Manager yang berani memikirkan cara untuk menang. Begitulah besarnya kuasa Barcelona. Aksi mereka dia atas padang seperti mengembalikan ingatan kita kepada kehebatan empayar Sepanyol pada kurun ke-15 hingga 17 era Raja Charles 1.

Beraksi dihadapan kira-kira 97 ribu rakyat Catalan di gelanggang Nou Camp adalah satu tugas besar bagi Messi dan rakan-rakan. Kalah bermakna satu aib akan terpalit pada setiap muka warga Catalan. Itu adalah suatu yang perlu dielakkan. Satu pertembungan besar diantara dua club yang mempunyai corak permainan yang sama dan menghiburkan dunia telah berlangsung sekali lagi. Namun, apakan daya sorakan padu warga Catalan berjaya membuatkan mental anak-anak buah Arsene Wenger yang diketuai Cesc Fabregas telah 'pecah'. Keputusan itu jugalah yang telah membuatkan Fabregas kembali ke kampung halamannya di Catalunya. Satu malapetaka yang cukup besar buat warga Utara London dan penyokong-penyokong mereka diserata dunia.

Kini, tugas untuk menidakkan dominasi Barcelona di pentas Eropah terletak dibahu Didier Drogba dan rakan-rakan. Drogba seorang pejuang dari Afrika telah mengajar mereka cara bermain sebagai pasukan berbilang kaum. Kemenangan 1-0 di London perlu diteruskan di bumi Sepanyol. Pertembungan ini mungkin tidak melibatkan Fernando Torres. Seorang kelana dari Sepanyol yang mencipta nama di Merseyside, namun namanya semakin dilupakan sejak berhijrah ke London. Maka, sebagai rakyat jelata yang bencikan api perkauman, marilah kita sama-sama berjuang disamping Drogba yang lebih mesra dipanggil Dubuk Liar. Semoga Berjaya.

Tuesday, April 17, 2012

Ashley Young intai acara terjun papan anjal Olimpik London


Superman hero marvel beliau sejak kecil, kini beliau impikan digelar Super Young



Young diving, MU v Villa


Jangan tak tau, Ashley Young juga menyimpan harapan untuk beraksi dalam acara sukan terjun papan anjal didalam sukan Olimpik London nanti. Perkara ini semakin menunjukkan ada benarnya memandangkan Young sudah mula berlatih diving sejak 2009 lagi ketika bersama pasukan Aston Villa. Perkara ini semakin dapat dihidu apabila Young berpindah ke Old Trafford. Memandangkan Olimpik akan berlangsung tidak lama lagi, maka yang semakin giat melakukan aksi tersebut bagi menarik perhatian Head Coach sukan Terjun Papan Anjal Britain. Terbaru, Young berlatih diving ketika MU bertemu Aston Villa ahad lepas di Old Trafford.





Young diving, Villa v Arsenal, 2009



Young diving, Englang v Montenegro, 2009



Young diving, MU v QPR, 2012

Sunday, April 15, 2012

Arteta tak sabar uji Apek


Perancang baru Arsenal. Arteta.


Penyokong2 Arsenal di Asia Tenggara sekali lagi dapat menyaksikan aksi budak2 Arsenal kat Bukit Jalil pada tahun ni. Kemungkinan dorang akan datang lagi ke sini untuk mengadakan perlawanan pemanas badan dengan team pilihan Malaysia pada 27 July. Team pilihan Malaysia tu maybe player2 dari Liga Super Malaysia kot.


Maka sekali lagilah aku akan ke Bukit Jalil bersama penyokong2 tegar yang lain demi Wenger dan anak2 muridnya. Hehe. Tumpuan kali ni sudah semestinya pada Arteta, Santos dan Mertesacker yang belum bersama Arsenal pada siri lawatan 2011.


Maka sekali lagi jugalah player2 Malaysia berpeluang bersentuh but dan bercampur peluh dengan player2 bintang Eropah. Team Pilihan Malaysia perlu memberikan tentangan yang sengit kepada Arsenal pada pertemuan kali ini. Memandangkan team kebangsaan Malaysia tewas 0-4 ditangan Arsenal pada pertemuan 2011.


Sekurangnya dapat gol pun jadilah, tak kesah lah kalau kalah. Sebab kalah tu memang normal pada kita. Tapi janganlah sampai kena titik dengan budak2 Arsenal tu. Dah ler FAM bukan main susah nak dapatkan friendly class A. Tapi kalau bab lawan club2 Europe FAM memang pakar. Sebab FAM nih Business Minded, dorang bukan Sports Minded. Benda pun dah jadi, so pesanan buat player2 Malaysia, korang main jelah betul2.



p/s: Dengar cerita Barcelona dengan AC Milan pun nak datang. Sama-sama kita tunggu.