Wednesday, April 25, 2012

Luahan Hati Penyokong Arsenal

Jasa beliau di Arsenal sangat kami kenang dan hargai. Tapi langkah beliau meninggalkan Arsenal kerana berasakan Arsenal sebuah pasukan yang tak mampu merealisasikan cita-citanya untuk merangkul kejuaraan Eropah begitu mengguris hati kami. Penghijrahannya ke Barcelona pada tahun lepas mengulangi kisah Thiery Henry yang juga ke Barcelona pada tahun 2007. Begitu terkesan rasanya hati kami. Dua pemain bintang dan harapan telah meninggalkan kami. Malah kami begitu terguris kerana kedua-dua pemain tersebut berhijrah ke Barcelona. Sebuah pasukan yang telah melenyapkan impian kami di Final UCL 2006 dan seterusnya dua kali di peringkat 16 pasukan terakhir pada 2010 dan suku akhir pada 2011.

Namun sebagai peminat bolasepak yang profesional, kami terima pemergian mereka dengan hati yang terbuka disamping mendoakan kejayaan mereka di club baru. Begitulah sayangnya kami kepada Henry dan Fabregas. Tetapi, peristiwa awal pagi tadi begitu memeranjatkan semua pihak. Setiap lapisan masyarakat dan peringkat umur mengikuti perlawanan separuh akhir UCL diantara Barcelona dan Chelsea. Malah penyokong-penyokong club lain turut bersengkang mata bagi mengikuti apa penyudahan perlawanan separuh akhir 2nd leg tersebut. Kami penyokong Arsenal begitu mengharap Barcelona akan dikecewakan. Dendam kami sejak 2006 bukan kecik-kecik dendam. Mengingat kembali Messi tergelak-gelak memalukan Arsenal di Nou Camp pada 2010 begitu menyakitkan hati kami.

Benarlah kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu". Tatkala Barcelona dilihat sebagai pasukan yang tiada tolok bandingnya, Chelsea pula tampil sebagai 'hero tak banyak bercakap'. Perlawanan tersebut sememangnya dikuasai Barcelona sejak dari wisel pertama. Chelsea pula dilihat lebih berminat untuk membina 'tembok' dikawasan kotak penalti mereka. Mungkin disebabkan terlalu tamak, Barcelona akhirnya terpaksa akur dengan penyingkiran mereka. Mereka sebenarnya sudah layak jika bermain seperti seorang yang cool. Mereka berjaya mendahului 2 gol pada penghujung babak pertama, namun sikap tak pernah puas dan gemar memalukan orang dengan ingin mencari jumlah gol yang besar akhirnya memakan diri sendiri. Ramires yang tidak dikawal berjaya mencuri satu gol sebelum rehat.

Tentunya Messi yang harus dipersalahkan dalam hal ini selain defender-defender yang lalai. Merembat bola ke palang begitu membuatkan penyokong Barcelona naik sewel. Tapi kalau korang nak tau, Messi memang biasa tak score penalti. Memang kebanyakan penaltinya berjaya disempurnakan, tapi yang tak sempurna pun boleh tahan juga. Torres akhirnya memadam sisa perjuangan Barcelona dengan gol penyamaan pada masa kecederaan. Maka, sejarah awal pagi tadi telah memberitahu Fabregas, bahawa berhijrah ke Nou Camp bukanlah jalan pintas untuk beliau menjulang mahkota UCL. Kini terbukti, Barcelona juga tak sentiasa mampu menggapai setiap piala yang mereka idamkan.

No comments:

Post a Comment