Wednesday, November 17, 2010

MISI BENAM INDONESIA DAN THAILAND

MALAYSIA
Skuad ketika ini boleh dianggap antara yang terbaik pernah di miliki. Cerita di Guangzhou boleh dilupakan kerana kita tahu skuad negara pergi dengan barisan serba kekurangan ditambah pula pengadil yang berat sebelah. Kembalinya pemain-pemain seperti Baddrol Bakhtiar dan kemasukan Halim Zainal diharap dapat menambah bisa serangan negara yang diketuai Norshahrul Idlan Talaha.

INDONESIA
Beraksi di laman sendiri di hadapan puluhan ribu penyokong fanatik mereka sudah pasti memberi kelebihan kepada pasukan ini.Masih meletakkan sandaran pada Bambang Pamungkas sebagai striker mereka. Pemain ini cukup dikenali bagi peminat bola sepak Malaysia. Dia pernah menyarung jersi pasukan Selangor pada tahun 2005 dan impaknya cukup besar apabila berjaya membantu Selangor muncul juara Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia. Jadi, pertahanan Malaysia perlu memberi perhatian kepada pemain ini.

THAILAND
Thailand juara 3 kali dan merupakan juara edisi pertama pada 1996, seterusnya pada tahun 2000 dan 2002. Ranking FIFA pasukan ini juga yang paling tinggi di kalangan pasukan-pasukan lain di rantau Asia Tenggara. Diberi jolokan King of ASEAN oleh penyokong-penyokong mereka. Mereka merupakan sebuah pasukan yang cukup liat untuk dibolosi malah begitu mantap di setiap posisi. Namun kejayaan skuad negara menewaskan mereka pada sukan sea lalu membuktikan mereka tidaklah sehebat mana. Justeru tidak mustahil skuad negara mampu sekali lagi mencipta kejutan ke atas mereka.

Jadi marilah kita memberi sokongan kepada skuad negara. AFF SUZUKI CUP 2010