Tuesday, December 7, 2010




SYABAS MALAYSIA, trimas Bambang
AFF SUZUKI CUP 2010

Akhirnya skuad negara berjaya juga melangkah ke pusingan semi-final setelah membelasah Laos 5-1. Perlawanan tersebut berlangsung serentak dengan perlawanan diantara tuan rumah Indonesia dan Thailand. Malaysia mendahului 2-1 pada 1st half sebelum menambah 3 lagi gol pada 2nd half dengan gol ke-5 adalah jaringan sendiri oleh player Laos. Namun jaringan yang besar tidak memberi apa-apa makna kepada pasukan negara sekiranya Thailand berjaya menewaskan Indonesia. Perlawanan diantara Indonesia dan Thailand cukup mendebarkan. Ternyata tanggapan pihak tertentu bahawa Indonesia akan 'menghadiahkan' kemenangan kepada Thailand bagi menghalang kemaraan Malaysia ke semi-final cukup meleset. Indonesia sejak awal permainan tidak henti-henti mengasak kubu Thailand. Namun Indonesia pula yang dikejutkan dengan gol pendahuluan Thailand. Ini membuatkan lagi saya tidak senang duduk. perasaan suspen semakin menguasai diri. Malah saya pula yang berharap agar Indonesia berjaya mendapatkan gol. Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Indonesia dihadiahkan sepakan penalti dan berjaya disempurnakan Bambang Pamungkas. Beberapa minit sebelum tamat permainan sekali lagi Indonesia dihadiahkan sepakan penalti dan Bambang sekali lagi berjaya menyempurnakannya untuk memberi kemenangan 2-1 ke atas Thailand. Maka Group A menyaksikan Malaysia mengiringi Indonesia ke semi-final. Fuuhhh legaaa ..

Jom penuhkan Stadium Bukit Jalil