Tuesday, February 7, 2012

Akhlak mengangkat darjat seseorang



Sempena Maulidur Rasul yang baru beberapa hari lepas eloklah kita bermuhasabah diri sejenak. Setiap kali Maal Hijrah, kita disajikan dengan konsep perubahan ke arah yang lebih baik. Skopnya amat luas. Tapi kat sini aku nak sentuh satu perkara je buat kita semua. Iaitu seelok manakah akhlak kita.

Akhlak beerti sikap atau perangai seseorang. Kita sebenarnya tidak sedar bahawa akhlak sebenarnya mencerminkan keperibadian seseorang. Akhlak juga mengangkat darjat seseorang ke arah yang lebih tinggi. Sebenarnya tidak sukar untuk kita membentuk akhlak yang baik. Mari kita mulakan dengan perkara yang mudah untuk melatih diri kita berakhlak baik.

Contohnya:

1. Bersopan ketika bercakap
Percakapan adalah perkara rutin kita. Tiada manusia didalam dunia ni yang tidak bercakap. Tapi adakah kita sedar kadang-kadang percakapan kita tu mengguris hati seseorang. Kita juga perlu mengelakkan diri daripada bongkak dan membangga diri ketika bercakap. Percakapan yang tidak dijaga boleh menimbul perbalahan. Lebih teruk lagi kemungkinan kita akan dijauhi oleh rakan-rakan.

2. Tingkah laku
Kita juga perlu menjaga tingkah laku kita. Tidak rugi sebenarnya untuk bertingkah laku baik. Masyarakat tidak akan menganggap anda ini lemah jika bersopan dalam tingkah laku, sebaliknya masyarakat akan lebih senang untuk mendekati anda. Bersopan dalam tingkah laku bukan beerti kita tidak tegas.


Akhlak kita sebenarnya dinilai oleh Allah SWT. Nampak tak? begitu pentingnya akhlak yang baik. Selain penentu darjat seseorang, Akhlak merupakan buah ibadah, seperti yang tercantum dalam surah Al-Ankabut ayat 45. Keluhuran akhlak adalah amalan terberat di akhirat. Akhlak juga lambang kualiti sesebuah masyarakat.


p/s: langkah untuk membentuk akhlak yang baik boleh dimulakan dengan melatih diri kita untuk beribadah, mengurangi maksiat, bergaul dengan orang-orang yang baik, menjauhi perkara mungkar, dan mengambil setiap apa yang berlaku diseliling kita dengan positif.

Monday, February 6, 2012

Terima kaseh, kalau boleh bagi lagi !



Aku sebagai student sangatlah berterima kaseh dengan kerajaan sebab bagi baucer buku 1 Malaysia nih. Macam-macam aku dah beli kat Popular tu. Bekas pencil aku tu pun dah penuh dengan alat tulis. Buku teks yang mahal tu pun aku dapat beli hasil daripada baucer nih. Terima kaseh sekali lagi.

Tapi aku hairan lah.

1. Kenapa ada tarikh luput pulak untuk baucer tuh? pada aku amatlah tak masuk akal apabila baucer tu diletakkan tarikh luput. Apa salahnya jika baucer tu dapat digunakan untuk sem akan datang. Dengan itu barulah student dapat gunakan baucer tu untuk beli buku teks semata-mata. Bukan semua student perlu beli buku teks untuk tempoh yang ditetapkan, lain course lain kaedah belajarnya. Disebabkan ada tarikh luput tu, maka terpaksalah student gunakan jugak baucer tu. Hasilnya student beli je apa-apa sahaja yang ada kat dalam Popular dan MPH. Nampak tak kesan negatifnya?

2. Apasal IPTS dapat lambat baucer tu? separuh buku teks subjek yang aku ambil sem nih aku dah beli, kalau nak tunggu baucer tu alamatnya ketinggalan lah aku dalam kelas.

3. Aku selalu pikir pasal benda nih, aku tak tahu lah niat memang nak bantu student atau niat nak raih undi menjelang PRU yang dah tak lama nih. Kalau niat memang nak bantu student sememangnya aku bersyukur sangat. Kalau betul lah niat tu nak tolong kitorang yang kesempitan duit sampai nak makan pun bercatu nih, aku harap setiap sem kerajaan bagi baucer tuh. Kalau kerajaan tak bagi untuk sem berikutnya memang sah lah korang nih hati tak ikhlas.


p/s: aku tak rasa yang Malaysia nih negara miskin, kalau projek2 mega boleh buat, takkan setakat bagi baucer rm200 setiap sem kat budak2 IPT tak boleh.
sekian terima kaseh !