Tuesday, February 7, 2012

Akhlak mengangkat darjat seseorang



Sempena Maulidur Rasul yang baru beberapa hari lepas eloklah kita bermuhasabah diri sejenak. Setiap kali Maal Hijrah, kita disajikan dengan konsep perubahan ke arah yang lebih baik. Skopnya amat luas. Tapi kat sini aku nak sentuh satu perkara je buat kita semua. Iaitu seelok manakah akhlak kita.

Akhlak beerti sikap atau perangai seseorang. Kita sebenarnya tidak sedar bahawa akhlak sebenarnya mencerminkan keperibadian seseorang. Akhlak juga mengangkat darjat seseorang ke arah yang lebih tinggi. Sebenarnya tidak sukar untuk kita membentuk akhlak yang baik. Mari kita mulakan dengan perkara yang mudah untuk melatih diri kita berakhlak baik.

Contohnya:

1. Bersopan ketika bercakap
Percakapan adalah perkara rutin kita. Tiada manusia didalam dunia ni yang tidak bercakap. Tapi adakah kita sedar kadang-kadang percakapan kita tu mengguris hati seseorang. Kita juga perlu mengelakkan diri daripada bongkak dan membangga diri ketika bercakap. Percakapan yang tidak dijaga boleh menimbul perbalahan. Lebih teruk lagi kemungkinan kita akan dijauhi oleh rakan-rakan.

2. Tingkah laku
Kita juga perlu menjaga tingkah laku kita. Tidak rugi sebenarnya untuk bertingkah laku baik. Masyarakat tidak akan menganggap anda ini lemah jika bersopan dalam tingkah laku, sebaliknya masyarakat akan lebih senang untuk mendekati anda. Bersopan dalam tingkah laku bukan beerti kita tidak tegas.


Akhlak kita sebenarnya dinilai oleh Allah SWT. Nampak tak? begitu pentingnya akhlak yang baik. Selain penentu darjat seseorang, Akhlak merupakan buah ibadah, seperti yang tercantum dalam surah Al-Ankabut ayat 45. Keluhuran akhlak adalah amalan terberat di akhirat. Akhlak juga lambang kualiti sesebuah masyarakat.


p/s: langkah untuk membentuk akhlak yang baik boleh dimulakan dengan melatih diri kita untuk beribadah, mengurangi maksiat, bergaul dengan orang-orang yang baik, menjauhi perkara mungkar, dan mengambil setiap apa yang berlaku diseliling kita dengan positif.

No comments:

Post a Comment