Sunday, September 16, 2012

Andai aku Rajagobal

Haaa...yang ni aku punya eksperimen, korang punya camne???

Saturday, September 15, 2012

THEY ARE REAL OTAI

Amri Yahyah

Amri atau lebih comel digelar Wak Am ni orang kata memang dah sebati lah dengan Selangor. Kira legend dah tu. Umpama Gerrard kat Liverpool. Pada dia tempe kat Tanjung Karang tu jugak lah paling sedap. Kalau rumput pulak, memang kat padang Stadium Shah Alam tu lah paling empuk. Bak kata pepatah orang Selangor, "Siapalah Selangor Tanpa Amri".

Permainan Amri tak payah lah kita nak cerita panjang lebar lagi, semua orang dah tau dia memang power. Selangor layak suku akhir ni pun sebab dia punya sengat. Aku tengok cara dia main memang cool. Dia tau bila masa dia perlu pass bola kat member, bila dia perlu try, dan dia memang pandai baca game. Paling syahdu bila kita tengok dia punya gol. Mmmmarvelousss. Tapi sayang Rajagobal dah tak panggil dia main dengan timnas. Pada aku, Amri sememangnya masih layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Aku tengok player dalam timnas kita sekarang ni takde yang kreatif untuk buka game. Tengok jela time lawan Vietnam hari tu. Main macam anak ayam hilang mak. Betul-betul hilang punca. So, Amri adalah pilihan aku untuk posisi forward timnas.

Hairuddin Omar

Hairuddin Omar atau nama komersialnya Hai-O adalah striker paling power dalam liga kita setakat ni. Budak-budak muda mohon malu dengan dia. Menang Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut dengan dua team berbeza, dah tu score pulak, memang legend. Tahun ni dia berjaya bawa ATM jadi juara Liga Perdana. Aku pun tak tau berapa banyak gol dia score kat Liga Perdana tu. Mungkin terlalu kacang bagi dia.

Cabaran dia bukan setakat kat situ, Piala Malaysia adalah cabaran sebenar dia. Orang semua nak tengok dia ni betul ke power sangat. Maka ditakdirkan ATM diundi dalam kumpulan maut. Dengan selamba ATM berjaya melangkah ke suku akhir mengiringi Kelantan. Malah ATM berjaya menggertak Kelantan dengan aksi memukau dorang.

Jadi pada aku, Rajagobal kena panggil dia ni masuk timnas. Aku tengok gandingan Mat Yo dengan Safee macam dah tak boleh pergi. Umpama pasangan kekasih yang dah tak sehaluan tapi dipaksa juga untuk meneruskan percintaan. Maka hambarlah jadinya. Jadi tanpa membuang masa, ada baiknya jika Hai-O hadir sebagai penyelamat. Masih belum terlambat untuk Rajagobal mengeksperimenkan Hai-o pulak.

Shukor Adan

Shukor Adan aku tak tau nama manja dia apa. Tapi yang aku tau dia ni pun memang power. Tak percaya tanya orang Selangor dengan Negeri Sembilan(Nismilan). Kejayaan dengan Selangor memang dah bersepah. Dia punya sengat tak habis kat Selangor je. Main pulak dengan Nismilan, dia berjaya menang Piala Malaysia 2 kali. Keupayaan mengawal jentera tengah dan membaca permainan adalah kelebihan dia. Selain tu dia kat atas padang memang cool.

Walaupun agak ramai player Nismilan yang kena rembat dengan ATM, tapi Shukor masih cool memimpin Nismilan dalam saingan Liga Super, paling membanggakan muncul juara kumpulan dalam Piala Malaysia. Jadi pada aku dia masih boleh diberi kepercayaan untuk berbakti kepada negara. Aku harap Rajagobal akan panggil dia untuk timnas. Aku nak jugak tengok gandingan Shukor Adan dan Safiq Rahim.

Tuesday, May 15, 2012

Jika anda datang Shah Alam jangan lupa singgah

sllrrppp ..
cam betul-betul ..

Budak-budak Unisel dengan UiTM mesti dah tak heran nak datang ke gerai ni. Apa tak nya, sekangkang kera je dari wisma mais, kolej meranti, dan kolej jati. Mesti budak-budak ni dah selalu gi kan. Tapi bagi sesiapa yang datang ke Shah Alam sekali-sekala, tak kesah lah hantar anak balik hostel ke, jumpa awek kampus ke, atau apa-apa je urusan korang, aku cadangkan korang hilangkan dahaga sekejap dengan singgah ke Gerai ABC Pegaga (Pegaga Dessert King) kat Perhentian Bas Seksyen 2. Aku bukan nak promote gerai tu ke apa, cuma style aku ni kalau makanan sedap or minuman sedap aku memang suka share dengan orang. Siyes, memang layaann ABC tu. Tapi makesure korang belum kenyang sebelum makan ABC tu, takut nanti tak habis pula ABC tu. Kang membazir dapat dosa pula. Semoga anda menyedut sehingga kering mangkuk !

Monday, May 14, 2012

Gadis idaman lelaki untuk dijadikan isteri

untung laa kalau dapat ..

Kalau boleh, aku memang nak awek macam ni. Sedap je mata ni memandang. Nak bawa keluar makan ABC pun senang je hati. Tak ada nak panas hati bila orang lain usha kat awek aku. Aku pun dengan sendirinya akan berasa segan dengan awek aku. So, secara automatiknya aku pun tak akan cuba nak menggatal pegang tangan apa semua. Sebab aku awal-awal lagi dah respect kat penampilan awek aku ni. Awek aku pulak sure akan jaga perangainya bila aku sendiri dah tunjukkan sikap yang baik terhadap layanan aku kat dia. Inilah kelebihan apabila perempuan menutup aurat dan menjaga sikap dorang. Dorang akan dipandang mulia oleh kaum lelaki. Kalau dah dapat awek macam ni, konpem aku dengan hati yang berbunga-bunga nak jadikan awek aku ni isteri. Tak payah nak fikir banyak kali. Bab memasak apa semua tu nanti boleh belajar. Aku tak kesah sangat pasal tu. Tapi dia kena belajar memasak jugak lah bila dah nak dekat nikah nanti. Hehe.

Wednesday, May 2, 2012

"Debat bukan budaya kita" - En. Piem

Al-kesah...

Bermulanya kesah di sebuah negara, Mesia nama diberi. Nama yang berasal dari nama sepohon pokok. Nun terletak di Asia Tenggara. Penduduknya hidup harmoni walaupun berbilang kaum dan agama. Sejak merdeka sehingga kini penduduknya sudah biasa hidup bersama. Pelbagai pekerjaan dijalankan untuk menampung kehidupan. Ada yang jadi nelayan, petani, pelombong, peniaga, guru, malah ada juga yang menceburi bidang profesional seperti menjadi doktor, peguam dan jurutera. Sebagai negara yang baru merdeka, pelbagai pembangunan telah diatur demi mencapai cita-cita ingin menjadi negara maju.

Pelbagai projek telah dilancarkan golongan pemerintah. Kerja-kerja dilaksanakan dengan mengimport tenaga kerja dari negara jiran, Inasia. Namun, dalam pada ingin memajukan negara dan masyarakat, tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan ingin memajukan diri sendiri dengan cara salah. Golongan pemerintah telah 'memakan' duit projek tersebut. Maka, timbul lah isu seperti projek tergendala dan sebagainya. Walaupun duit projek tersebut datangnya dari duit rakyat, malangnya tak ramai rakyat yang sedar. Ini kerana media-media perdana hanya memaparkan kebaikan golongan pemerintah. Oleh itu, rakyat terus berasa senang hati dengan menjalankan aktivti seharian walaupun duit mereka telah disalahgunakan.

Hari demi hari, kemajuan terus dinikmati. Sehinggalah pada suatu hari, Perdana Menteri(PM) negara Mesia dengan bangganya telah memperkenalkan Internet kepada rakyatnya. Dengan itu, segala maklumat dapat diperolehi dengan hanya di hujung jari. PM bersama dengan barisan kabinetnya begitu komited membawa Mesia ke arah negara maju. Rakyat Mesia berasa sangat seronok dengan kemudahan baru itu. Segala aktiviti menjadi mudah, urusan perniagaan menjadi lebih mudah apabila mereka mampu berjual-beli hanya menggunakan komputer. Sifat rakyat Mesia yang peramah juga membuatkan mereka begitu gemar melayari laman sosial fesbuk. Boleh dikatakan, setiap hari rakyat Mesia akan meluangkan masa bermain fesbuk, masa yang diambil pula berjam-jam lamanya.

Golongan pemerintah terus hidup senang. Gelaran 'Datuk' dan 'Tan Sri' membuatkan mereka menjadi mudah untuk mendapatkan projek dan mengumpul kekayaan hingga menjadi bukit. Gelaran Datuk juga begitu mudah diperoleh. Contohnya Pak Hassan. Kemahirannya membuat wau gergasi telah menjadikan diri beliau dikenali sehingga ke Asia Tengah. Akhirnya, beliau telah dianugerahkan gelaran 'Datuk' kerana jasanya memperkenalkan negara Mesia dimata dunia. PM bersama barisan kabinetnya begitu teruja dengan pembangunan yang dikecapi negara. Sumber kekayaan negara yang berpunca dari hasil bumi seperti petroleum, pertanian, penternakan, dan perniagaan begitu menggembirakan PM. PM mula berfikir cara untuk mengayakan keluarganya serta rakan-rakannya. Akhirnya, PM mula mengambil langkah dengan menaikkan segala bentuk cukai.

Rakyat Mesia terus asyik bermain fesbuk. Fesbuk lah cara yang paling mudah untuk mereka menghiburkan hati ketika berehat sejenak dari bekerja. Sehinggalah pada suatu hari, rakyat Mesia terjumpa laman berita di internet. Berita yang dipaparkan pula begitu berbeza dengan berita yang hari-hari mereka dengar di TV dan yang mereka baca di surat khabar. Mereka mula sedar, selama ini mereka telah ditipu mentah-mentah oleh stesen-stesen televisyen dan surat khabar arus perdana. Kini terbongkarlah segala perilaku sumbang golongan pemerintah yang selama ini mereka anggap begitu baik dan budi pekerti.

Sebagai negara membangun, rakyat Mesia semakin ramai yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Mereka begitu berminat untuk menuntut ilmu sehingga ke universiti. Ini juga sebagai persediaan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang akan mentadbir negara. Aktiviti debat pula merupakan aktiviti yang begitu berguna kepada para pelajar. Debat telah diperkenalkan kepada para pelajar seawal sekolah menengah. Ianya terus menjadi budaya sehingga ke universiti. Aktiviti yang mampu meluaskan daya pemikiran dan melatih para pelajar untuk berhujah. Malah, budaya debat kini mula menjadi ikutan oleh ahli-ahli politik untuk mereka menghujahkan pendapat dan pandangan mereka terhadap sesuatu perkara. Rakyat pula semakin tertarik dengan budaya debat. Ini memudahkan mereka untuk menilai sesuatu perkara. Seterusnya mereka mampu untuk memilih sesuatu yang baik untuk diri mereka.

Malangnya, baru-baru ini PM telah membuat satu kenyataan yang memeningkan rakyat negara Mesia. "Debat bukan budaya kita, debat budaya barat.". Tatkala negara Mesia begitu pesat membangun dan menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, debat pula diberi tanggapan sebagai sesuatu yang negatif. Rakyat Mesia mula keliru. Sepatutnya fikiran mereka perlu maju dan berkembang. Boleh terima apabila dikritik dan mampu untuk berbalas hujah dan memberi pendapat. Pada mereka, debat mampu menyumbang ke arah pembangunan negara. Dengan adanya debat, pelbagai idea untuk memajukan negara dapat diperolehi. Nampaknya, PM Mesia hanya mementingkan pembangunan berbentuk fizikal. PM Mesia langsung tidak mementingkan pembangunan daya pemikiran rakyatnya.

-Tamat

Thursday, April 26, 2012

BERSIH 3.0, relevan ke ?

Alahai..apalah yang nak dikecohkan sangat dengan Bersih ni. Benda bukan dorang nak buat rusuhan pun, bukannya nak gulingkan kerajaan pun. Dorang tu cumalah nak duduk bersila kat Dataran Merdeka tu. Mat rempit, mat kereta, cikaro-cikaro boleh pulak korang benarkan melepak kat dataran tu setiap malam. Bukan setakat melepak je aku rasa, ntah macam-macam 'projek' dorang buat. Takde pulak korang nak halau. Tapi bila bab Bersih, korang haramkan buat kat dataran. Nampak sangat korang takut dengan gelombang rakyat. Apasal takut? takut dunia tau yang Pilihanraya kat Malaysia ni tak adil?

Orang-orang yang tak faham ni lagi satu hal mangkuk. Macam-macam alasan korang beri. Jalan jem laa, tak boleh nak berniaga lah. Lancau apa korang ni. Dorang tu buat satu tarikh je. 28 APRIL 2012. Apalah yang korang sakit hati sangat ni. Tak boleh ke kalau 28 APRIL 2012 tu korang duk je kat umah siang tu? lagi pun bukannya geng Bersih ni gi merayap satu KL pun. Cumalah kat Dataran Merdeka tu je dan dua laluan yang dorang akan lalu untuk ke dataran. Tu pun tak boleh ke? Yang pasal tak boleh berniaga ni satu hal bengap lagi. Aku rasa time tu lah paling masyuk sekali kalau korang nak jual air mineral ke, air cincau ke, burger ke. Aku kompem mesti tak sampai setengah jam barang-barang makan minum korang tu dah licin.

Ni semua pasal korang tu dengki. Bila nampak program tu tak menyebelahi kerajaan mulalah korang 'sembur' macam-macam. Yang korang sokong semua program yang jilat kerajaan je. Yang berlawanan arus awal-awal korang tentang. Langsung korang tak selami apa motif geng Bersih tu buat perhimpunan kat dataran. Kau ingat dorang tu suka-suka je ke nak duduk bersila kat tengah-tengah panas tu? dorang tu pun bukannya orang-orang muda semua. Ramai juga yang sebaya dengan mak bapak kita. Bila dorang dah sanggup luangkan masa dan duduk tengah-tengah panas kat dataran tu, tentulah ada sebab. Sebabnya apa? Sebabnya dorang tu dah tak tahan dengan sistem Pilihanraya kat Malaysia ni. Tunggang-langgang. Aku nak cerita kat sini pun panjang. Kalau korang ni jenis yang ambil tahu kompem dengan sendirinya korang akan search kat internet. Baca sikit media-media alternatif. Kat tv tu bukannya boleh pakai. Semua kaki jilat, kaki kencing.

Mesti korang bertanya lagi kan? Perlu ke nak ke dataran? perlu ke nak ke jalanraya? Yes! bagi aku memang perlu. Sebab benda ni melibatkan kita semua. Apa banggangnya kalau kita beratur time mengundi tapi sistem Pilihanraya tak betul. Serius buang masa. Sebab tu perlunya dorang ke dataran. Untuk tunjukkan yang rakyat Malaysia betul-betul komited nak lawan masalah ni. Kenapa pilih dataran? Apasal tak buat dalam stadium? Bagi aku mudah je. Dataran Merdeka tu simbol kebebasan dan kemerdekaan. Dorang semua ni inginkan 'bebas' dan 'merdeka' dari masalah-masalah dalam sistem Pilihanraya negara kita. Dataran Merdeka sangat simbolik. Please, Dataran Merdeka tu bukan hak milik individu. Dataran Merdeka hak rakyat. So, please bagi dorang just beberapa jam je untuk berhimpun kat dataran tu. Tak ada apa benda negatif pun yang dorang nak buat. Dah habis program tu dorang pun akan balik ke rumah masing-masing. Semuanya akan kembali seperti biasa. Sebuah negara yang aman damai.

Ada juga yang cakap, kalau hati tu bersih doa jela time solat mintak Pilihanraya kita ni bersih. Ok betul. Aku setuju, doa itu senjata mukmin. Tapi doa je cukup ke? Tu orang Palestin, apasal dorang tak berdoa je time solat mintak Tuhan hapuskan Israel Zionis? Doa je tak cukup beb, usaha kena ada. Aku rasa apa yang geng bersih buat pun bukannya radikal. Just berhimpun je. Bukannya nak baling batu kat polis dengan FRU pun. Bukannya nak menjahanamkan KL pun. So, stop daripada argue benda-benda yang korang sendiri boleh fikir. Bukan apa, takut nanti jadi bodoh kalau otak tu tak dipakai untuk berfikir. Ada akal guna. Kbai.

Wednesday, April 25, 2012

Luahan Hati Penyokong Arsenal

Jasa beliau di Arsenal sangat kami kenang dan hargai. Tapi langkah beliau meninggalkan Arsenal kerana berasakan Arsenal sebuah pasukan yang tak mampu merealisasikan cita-citanya untuk merangkul kejuaraan Eropah begitu mengguris hati kami. Penghijrahannya ke Barcelona pada tahun lepas mengulangi kisah Thiery Henry yang juga ke Barcelona pada tahun 2007. Begitu terkesan rasanya hati kami. Dua pemain bintang dan harapan telah meninggalkan kami. Malah kami begitu terguris kerana kedua-dua pemain tersebut berhijrah ke Barcelona. Sebuah pasukan yang telah melenyapkan impian kami di Final UCL 2006 dan seterusnya dua kali di peringkat 16 pasukan terakhir pada 2010 dan suku akhir pada 2011.

Namun sebagai peminat bolasepak yang profesional, kami terima pemergian mereka dengan hati yang terbuka disamping mendoakan kejayaan mereka di club baru. Begitulah sayangnya kami kepada Henry dan Fabregas. Tetapi, peristiwa awal pagi tadi begitu memeranjatkan semua pihak. Setiap lapisan masyarakat dan peringkat umur mengikuti perlawanan separuh akhir UCL diantara Barcelona dan Chelsea. Malah penyokong-penyokong club lain turut bersengkang mata bagi mengikuti apa penyudahan perlawanan separuh akhir 2nd leg tersebut. Kami penyokong Arsenal begitu mengharap Barcelona akan dikecewakan. Dendam kami sejak 2006 bukan kecik-kecik dendam. Mengingat kembali Messi tergelak-gelak memalukan Arsenal di Nou Camp pada 2010 begitu menyakitkan hati kami.

Benarlah kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu". Tatkala Barcelona dilihat sebagai pasukan yang tiada tolok bandingnya, Chelsea pula tampil sebagai 'hero tak banyak bercakap'. Perlawanan tersebut sememangnya dikuasai Barcelona sejak dari wisel pertama. Chelsea pula dilihat lebih berminat untuk membina 'tembok' dikawasan kotak penalti mereka. Mungkin disebabkan terlalu tamak, Barcelona akhirnya terpaksa akur dengan penyingkiran mereka. Mereka sebenarnya sudah layak jika bermain seperti seorang yang cool. Mereka berjaya mendahului 2 gol pada penghujung babak pertama, namun sikap tak pernah puas dan gemar memalukan orang dengan ingin mencari jumlah gol yang besar akhirnya memakan diri sendiri. Ramires yang tidak dikawal berjaya mencuri satu gol sebelum rehat.

Tentunya Messi yang harus dipersalahkan dalam hal ini selain defender-defender yang lalai. Merembat bola ke palang begitu membuatkan penyokong Barcelona naik sewel. Tapi kalau korang nak tau, Messi memang biasa tak score penalti. Memang kebanyakan penaltinya berjaya disempurnakan, tapi yang tak sempurna pun boleh tahan juga. Torres akhirnya memadam sisa perjuangan Barcelona dengan gol penyamaan pada masa kecederaan. Maka, sejarah awal pagi tadi telah memberitahu Fabregas, bahawa berhijrah ke Nou Camp bukanlah jalan pintas untuk beliau menjulang mahkota UCL. Kini terbukti, Barcelona juga tak sentiasa mampu menggapai setiap piala yang mereka idamkan.