Saturday, July 9, 2011

Player import kembali ke Liga M

Kali terakhir liga kita diserikan dengan kehadiran player import ialah pada tahun 2008. Sebelum itu saingan liga kita cukup meriah dengan nama2 seperti Bambang, Elie aiboy, Brian Fuentes, Marlon Alex James dan ramai lagi. Namun hakikatnya ketika itu pasukan kebangsaan kita cukup mengecewakan di peringkat antarabangsa. Di peringkat Asia Tenggara pasukan kebangsaan kita tidak pernah melepasi peringkat separuh akhir baik dalam saingan Sukan Sea mahupun Tiger Cup yang ketika ini dikenali sebagai Suzuki Cup. Malah pasukan kita sering kali menjadi pasukan belasahan apabila bertemu dengan pasukan2 dari luar Asia Tenggara. Selepas ketiadaan player import nampaknya ada hasil kepada pasukan kebangsaan kita. Tahun 2009 kita meraih pingat emas Sukan Sea, 2010 kita muncul Juara Suzuki Cup dan ketika ini pasukan kebangsaan kita sudah melayakkan diri ke Round 2 kelayakan World Cup 2014 manakala pasukan olimpik pula akan meneruskan cabaran di Round 3 iatu fasa terakhir kelayakan Olympic 2012. Tetapi pada tahun hadapan liga kita akan kembali menerima player import dan kemungkinan kuotanya seramai 3 orang. Pada aku ada positifnya kehadiran mereka.


kesan positif dari pandangan aku :

  • dapat memberi saingan pada Piala AFC
  • saingan liga akan menjadi lebih menarik
  • menguji striker tempatan dalam perebutan kasut emas dan pasti akan menjadi lebih sengit.
  • menguji tahap kehebatan player tempatan bersaing ketika perlawanan dan untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
  • dapat membiasakan player tempatan beraksi dengan player luar.
  • dapat mempromosikan liga kita kepada negara luar.

ulasan aku : kalau FAM benarkan kuota player import seramai 5 orang pn best jgak. Mesti meriah ek.

Hala tuju PKNS dan Sarawak


PKNS Selangor telah ditabalkan sebagai juara Liga Perdana 2011 tatkala saingan liga masih berbaki 3 perlawanan tak silap aku. Malah rekod tanpa kalah hanya lebur pada 2 perlawanan terakhir. Begitulah hebatnya perfomance pasukan ini sejak awal musim. Jadi pasukan PKNS hanya tewas sekali, seri 3 kali dan menang 18 kali. Barisan serangan pula sememangnya cukup berbisa apabila berjaya menghasilkan 57 gol. Kecekapan penjaga gol sambil diperkukuhkan dengan kekentalan barisan pertahan menjadikan mereka hanya dibolosi dengan 7 gol. Naib juara menjadi milik pasukan Sarawak setelah mengumpul 48 mata.

Namun persoalannya kini adakah PKNS dan Sarawak akan dinaikkan ke Liga Super?

Baru2 ini FAM telah merombak format baru dengan menetapkan pasukan Juara Liga Perdana dan naib Juara Liga Perdana akan melalui perlawanan Play-off menentang 2 pasukan terbawah Liga Super iaitu Perlis dan Pahang untuk layak ke Liga Super.

Inilah satu daripada tindakan FAM yang nampaknya sangatlah tidak profesional apabila sesuka hati merombak format setelah perjalanan liga ketika itu hampir berakhir. Diharapkan FAM memandang usaha dan penat lelah PKNS dan Sarawak. Janganlah membuat keputusan hanya untuk kepuasan hati sendiri.


ulasan aku : dh banyak kali FAM buat perangai mcm tu, kalau mcm nie lah gayanya mmg takkan maju ler liga kita..

Gambaran stadium baru Kelantan

Cita-cita pasukan Kelantan untuk membina stadium baru telah mula kedengaran sejak awal season ini. Tapi kita tak pernah pula ditunjukkan rekabentuk stadium yang bakal dibina itu. Namun Presiden KAFA (Kelantan FA) ada memberitahu yang stadium tersebut mungkin akan mengambil rupabentuk Stadium Cardiff City sebagai contoh untuk stadium pasukan Kelantan. Ini kerana hubungan baik antara kedua pasukan itu akan membantu pasukan Kelantan untuk membina stadium yang mempunyai standard antarabangsa. Tapi aku tak pastilah pula adakah stadium ini dibawah plan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan di Merbau, Pasir Puteh. So, kat bawah ni adalah rupabentuk Stadium Cardiff City.



stadium semasa :
Stadium Sultan Mohammad ke-4 Kota Bharu
kapasiti 35 000


ulasan aku : kalau mcm nie lah rupanya stadium baru tu nanti, pehhh mmg cun lah..apa2 pn kita tunggu dan lihat..

Friday, July 8, 2011

Sedikit info team lawan Olimpik Malaysia

Pasukan Japan ini merupakan pasukan juara Sukan Asia 2010. Time Sukan Asia hari tu Japan hanya menghantar pasukan U-21 mereka. Malah mereka telah muncul sebagai juara tatkala negara lain menghantar pasukan U-23. Ternyata pasukan Japan memang hebat. Namun kekuatan yang ada pada geng Harimau Muda ini diharapkan mampu menewaskan pasukan juara Sukan Asia ini.

Bagi pasukan Bahrain pula kemungkinan kekuatan mereka lebih kurang pasukan Lubnan. Memandangkan mereka tewas 0-1 kepada Palestine pada round 2 sebelum bangkit 2-1 jadi kita percaya pasukan kita mampu mengatasi mereka.

Kemenangan besar Syria ke atas Turkmenistan dengan agregat 6-2 agak menggerunkan. Ternyata barisan serangan mereka sangat bagus dan kita percaya mereka akan menjadi lawan yang sengit.


ROUND 2 Olympic Qualification


Japan 3-1 Kuwait
Kuwait 2-1 Japan
Japan won agg. 4-3

Bahrain 0-1 Palestine
Palestine 1-2 Bahrain
Bahrain won away goal

Syria 2-2 Turkmenistan
Turkmenistan 0-4 Syria
Syria won agg. 6-2


ulasan aku : tak mustahil kita mampu muncul juara kumpulan untuk layak ke London.

Round 3 lebih membara

Group C Olympic London 2012 Asian Qualifiers

Semalam, 7 July 2011 adalah tarikh undian untuk membahagikan 12 pasukan terbaik asia kepada 3 group. Setelah sekian lama AFC House di KL tu asyik wakil team luar je yang datang untuk majlis undian maka semalam giliran wakil kita plak ada untuk join sekali. Barulah betul AFC House kat KL team kita ada sekali. Barulah bangga ye tak. Team kita diundi satu group dengan Syria, Bahrain dan Gergasi Asia iaitu Japan (Blue Samurai). Group A dihuni oleh South Korea, Qatar, Saudi Arabia dan Oman. Manakala Group B dihuni oleh Australia, Iraq, Uzbekistan dan UAE.

Round 1 : Malaysia 2-0 Pakistan
Pakistan 0-0 Malaysia
Round 2 : Lubnan 0-0 Malaysia
Malaysia 2-1 Lubnan


ulasan aku : Mana2 team pn lawan kita, kita langsung x cuak malah akan berjuang habis-habisan!

Hanya 500 keping tiket untuk Malaysia

Stadium Jalan Besar, Singapore

Pihak FAS (Football Association of Singapore) hanya memperuntukkan 8% kapasiti seat daripada 6000 seat di stadium mereka kepada fans Malaysia. Ini bermakna hanya 500 keping tiket sahajalah untuk fans kita. Stadium tersebut hanya mampu menampung 6000 penonton. 250 keping akan dibagi kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) manakala lagi 250 keping kepada SSFC (Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor). Jadi usaha kita membuat 'lautan kuning' di Singapore nampaknya tak kesampaian. Diharapkan jumlah yang kecil itu cukup untuk membakar semangat player2 kita.


ulasan aku : apa salahnya kalau bg 1000, 500 tu sikit sgt lah der. xpe kt Bkt Jalil nnt kita akan makesure player2 dorang kecut perut tgk fans kita yg berpuluh ribu tu nnt ..

Thursday, July 7, 2011

Hadi Yahya menang kasut emas

Abdul Hadi Yahya (Terengganu) yang menjaringkan 4 gol ketika pasukannya membelasah Felda United 6-2 berjaya mengumpul 20 gol dan sekaligus ditabalkan sebagai Top Scorer Liga Super. Mat Yo yang sebelum perlawanan berada didepan senarai Top Scorer dengan 17 gol hanya mampu menambah 2 gol ketika Kelantan menewaskan Sabah 2-1 lalu menjadikan gol keseluruhan sebanyak 19 gol. Dengan itu Norshahrul(Mat Yo) (Kelantan) terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

pemenang kasut emas edisi terdahulu :

2004 Indra Putra Mahayuddin (Pahang) 15 gol
2005 Julio Cesar Rodriguez (Sabah) & Zacharia Simukonda (Perlis) 18 gol
2006 Bambang Pamungkas (Selangor) 30 gol
2007 Keita Mandjou (Perak) & Awang Md Shahrazen Mohd Said (DPMM FC) 21 gol
2008 Marlon Alex James (Kedah) 21 gol
2009 Mohd Nizaruddin Yusof (Perlis) 18 gol
2010 Mohd Ashaari Shamsuddin (Terengganu) 18 gol


ulasan aku : Hadi Yahya dan Mat Yo keduanya striker kebangsaan, tahniah saingan sengit gila. Tahniah Hadi, Mat Yo cuba next season.

Title Liga Super akhirnya milik Kelantan

Kelantan muncul juara Liga Super 2011 buat kali pertama setelah mengharungi saingan liga paling sengit dalam sejarah. Juara hanya dapat ditabalkan pada perlawanan terakhir liga kerana sebelum perlawanan bermula Kelantan mengumpul 53 mata, diekori Selangor 51 mata dan Terengganu 50 mata. Selepas tamat kesemua perlawanan. Kelantan berjaya menewaskan Sabah 2-1, Selangor seri dengan Perak 0-0 dan Terengganu membelasah Felda United 6-2. Kelantan menamatkan saingan dengan 56 mata, Terengganu 53 mata, dan Selangor 52 mata.

pemenang Liga Super edisi terdahulu :

2004 Pahang
2005 Perlis
2006 Negeri Sembilan
2007 Kedah
2008 Kedah
2009 Selangor
2010 Selangor
2011 Kelantan


ulasan aku : Hope next season pn sengit camni, tambah2 dh ada player import. lg meriah lah nmpknye erk.


Wednesday, July 6, 2011

Masa untuk padam kepoyoan SINGAPORE

Antara import yang menjadi sandaran mereka ialah Qiu Li dan Shi Jiayi (China) serta Daniel Bennett (England), Mustafic Fahrudin (Serbia) dan Aleksandar Duric (Bosnia) yang kesemuanya diberi kerakyatan Singapore.

Avramovic bagaimanapun tidak menyenaraikan dua lagi pemain dari Nigeria iaitu Agu Casmir dan Precious Emuejeraye yang beraksi pada Piala Suzuki AFF 2010.

Selepas Singapore keluar awal dari Piala Suzuki AFF tahun lepas, pasukan itu telah dibubarkan dan beberapa rombakan telah dilakukan.

"Pemain veteran seperti Aleksandar Duric 41, telah dikekalkan, tetapi nama-nama besar seperti Baihakki Khaizan dan Noh Alam Shah telah digugurkan.

Seperti yang dijanjikan, beberapa anak muda telah dimasukkan ke dalam pasukan itu, seperti (Young Lions) Afiq Yunos dan Hariss Harun". ujar Raddy Avramovic, coach Singapore.


ulasan aku: player2 import dorang semua dh veteran dan ada yg dh kena drop,
so kita jgn risau sgt lah, apa lg jom lah kita ramai2 ke Bukit Jalil 28 July nie!

Player2 Malaysia Mula dipancing club dari Indonesia

Safiq Rahim (Malaysia/Selangor)

"Ya, Safiq memang ingin sekali beraksi di Indonesia. Dia ingin mencari pengalaman di sini. Beliau tertarik setelah mendengar banyak maklumat dari Safee. Dan untuk saat ini sudah ada beberapa pasukan yang besar yang ingin merisik Safiq, termasuk Persib," kata Hardimen Koto yang memperkatakan tentang Safiq di bawah naungan Soccerindo.

Selain Persib Bandung, Persija Jakarta, Persiba Balikpapan, Pelita Jaya dan Sriwijaya FC juga menjadi pasukan yang ingin mendapatkan Safiq Rahim. Dia mengatakan, deretan pasukan - pasukan tersebut selalu diikuti perkembangannya oleh Safiq Rahim dari Malaysia. "Hingga setakat ini, Safiq berkeinginan beraksi di Bandung bersama Persib. Alasannya, kerana beliau tahu nama besar Persib," sambung Hardimen, pemilik Soccerindo.


Amirulhadi Zainal (Malaysia/Selangor)

"Yang terbaru kami sudah bicara langsung dengan Amirul Hadi dan dia ingin menjajal main di Indonesia. Posisinya gelandang serang dan dia punya skill yang bagus. Dan masih banyak pemain Asia lainnya yang mau berlabuh di Persib," ujar Hardimen.


ulasan aku: kalau dah dapat offer tu pergi je lah, dah mmg liga indonesia lg bagus ..

Rentetan Kejayaan HARIMAU MALAYA

skuad Rajagobal
-Pingat Emas Sukan Sea Laos 2009 (penantian 20 tahun)
-Pusingan Kalah Mati Sukan Asia Guangzhou 2010 (penantian 32 tahun)
-Juara Piala Suzuki AFF 2010 Indonesia-Vietnam (kali pertama sejak 1996)
-Mara ke pusingan kedua kelayakan piala dunia (penantian 34 tahun)

*Pasukan Malaysia akan bertemu pasukan Singapore pada pusingan kedua
pada 23 july (singapore) & 28 july (kuala lumpur)


skuad Ong Kim Swee
-Mara ke peringkat ketiga Kelayakan Olimpik 2012 London (penantian 31 tahun)

*Pusingan ketiga akan bermula pada bulan september


ulasan aku: hari demi hari pasukan bola kita makin berjaya, tugas kita adalah memenuhkan stadium ..