Saturday, July 9, 2011

Gambaran stadium baru Kelantan

Cita-cita pasukan Kelantan untuk membina stadium baru telah mula kedengaran sejak awal season ini. Tapi kita tak pernah pula ditunjukkan rekabentuk stadium yang bakal dibina itu. Namun Presiden KAFA (Kelantan FA) ada memberitahu yang stadium tersebut mungkin akan mengambil rupabentuk Stadium Cardiff City sebagai contoh untuk stadium pasukan Kelantan. Ini kerana hubungan baik antara kedua pasukan itu akan membantu pasukan Kelantan untuk membina stadium yang mempunyai standard antarabangsa. Tapi aku tak pastilah pula adakah stadium ini dibawah plan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan di Merbau, Pasir Puteh. So, kat bawah ni adalah rupabentuk Stadium Cardiff City.



stadium semasa :
Stadium Sultan Mohammad ke-4 Kota Bharu
kapasiti 35 000


ulasan aku : kalau mcm nie lah rupanya stadium baru tu nanti, pehhh mmg cun lah..apa2 pn kita tunggu dan lihat..

2 comments: