Saturday, July 9, 2011

Hala tuju PKNS dan Sarawak


PKNS Selangor telah ditabalkan sebagai juara Liga Perdana 2011 tatkala saingan liga masih berbaki 3 perlawanan tak silap aku. Malah rekod tanpa kalah hanya lebur pada 2 perlawanan terakhir. Begitulah hebatnya perfomance pasukan ini sejak awal musim. Jadi pasukan PKNS hanya tewas sekali, seri 3 kali dan menang 18 kali. Barisan serangan pula sememangnya cukup berbisa apabila berjaya menghasilkan 57 gol. Kecekapan penjaga gol sambil diperkukuhkan dengan kekentalan barisan pertahan menjadikan mereka hanya dibolosi dengan 7 gol. Naib juara menjadi milik pasukan Sarawak setelah mengumpul 48 mata.

Namun persoalannya kini adakah PKNS dan Sarawak akan dinaikkan ke Liga Super?

Baru2 ini FAM telah merombak format baru dengan menetapkan pasukan Juara Liga Perdana dan naib Juara Liga Perdana akan melalui perlawanan Play-off menentang 2 pasukan terbawah Liga Super iaitu Perlis dan Pahang untuk layak ke Liga Super.

Inilah satu daripada tindakan FAM yang nampaknya sangatlah tidak profesional apabila sesuka hati merombak format setelah perjalanan liga ketika itu hampir berakhir. Diharapkan FAM memandang usaha dan penat lelah PKNS dan Sarawak. Janganlah membuat keputusan hanya untuk kepuasan hati sendiri.


ulasan aku : dh banyak kali FAM buat perangai mcm tu, kalau mcm nie lah gayanya mmg takkan maju ler liga kita..

3 comments:

  1. Bila bolasepak di politikan..PAHANG = FAM = NAJIB

    ReplyDelete
  2. biasa ler malaysia ..orang politik pn nk jaga sukan mcm tu ler jadinya ..ada tu bknnya tau main bola pn ..

    ReplyDelete
  3. FAM memang sangat berbaur politik.. Sume tindakan FAM menampakkan sangat kebodohan mereka. Dibarisi plak pemimpin yg x thu pape pn psal bola sepak.. SAlah seorang pemimpin tertinggi diorng(xleh sebut la spew) ingt x ingt je nk sebut nama safiq rahim.

    ReplyDelete