Saturday, July 9, 2011

Player import kembali ke Liga M

Kali terakhir liga kita diserikan dengan kehadiran player import ialah pada tahun 2008. Sebelum itu saingan liga kita cukup meriah dengan nama2 seperti Bambang, Elie aiboy, Brian Fuentes, Marlon Alex James dan ramai lagi. Namun hakikatnya ketika itu pasukan kebangsaan kita cukup mengecewakan di peringkat antarabangsa. Di peringkat Asia Tenggara pasukan kebangsaan kita tidak pernah melepasi peringkat separuh akhir baik dalam saingan Sukan Sea mahupun Tiger Cup yang ketika ini dikenali sebagai Suzuki Cup. Malah pasukan kita sering kali menjadi pasukan belasahan apabila bertemu dengan pasukan2 dari luar Asia Tenggara. Selepas ketiadaan player import nampaknya ada hasil kepada pasukan kebangsaan kita. Tahun 2009 kita meraih pingat emas Sukan Sea, 2010 kita muncul Juara Suzuki Cup dan ketika ini pasukan kebangsaan kita sudah melayakkan diri ke Round 2 kelayakan World Cup 2014 manakala pasukan olimpik pula akan meneruskan cabaran di Round 3 iatu fasa terakhir kelayakan Olympic 2012. Tetapi pada tahun hadapan liga kita akan kembali menerima player import dan kemungkinan kuotanya seramai 3 orang. Pada aku ada positifnya kehadiran mereka.


kesan positif dari pandangan aku :

  • dapat memberi saingan pada Piala AFC
  • saingan liga akan menjadi lebih menarik
  • menguji striker tempatan dalam perebutan kasut emas dan pasti akan menjadi lebih sengit.
  • menguji tahap kehebatan player tempatan bersaing ketika perlawanan dan untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
  • dapat membiasakan player tempatan beraksi dengan player luar.
  • dapat mempromosikan liga kita kepada negara luar.

ulasan aku : kalau FAM benarkan kuota player import seramai 5 orang pn best jgak. Mesti meriah ek.

3 comments:

  1. Terpulang pada player tempatan tu sendriri macamana mereka nak sedut situasi tu nanti..

    ReplyDelete
  2. betul2 ..negara lain semua ada player import dlm league dorang, elok je team negara dorang ..cthnya Japan, Korea n Australia ..liga2 kt europe tu xpyh cita ler, dh mmg terbuka abes ..negara dorang top ranking jgak dlm fifa ..

    ReplyDelete
  3. Terpulang kpd mcm mana pihak mengurusan urusan psal kemasukan player import nie.. klau ada player import sampai ada pmain kitew yg gantung kasut baek xyah la. jngan hanya skrng je ckp yg positif2 ttg kemasukan pmain import.. harap kemasukan pmain import btol2 dapat meningkatkan prsaingan pemain kte. mngkn masa pmain import dbenarkan kembali sangat tepat kerana skrng ialah musim peningkatan bola sepak negara.

    ReplyDelete