Monday, January 2, 2012

Anak muda semakin minat ilmu agama berbanding hiburan



Sambutan tahun baru disambut dengan penuh rasa kesyukuran di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada tempoh hari. Suatu perkembangan yang sangat membanggakan apabila anak muda mula minat untuk hadir ke program ilmu agama. Kehadiran pengunjung juga sangat memberangsangkan apabila kira-kira 80 ribu orang hadir. Satu permulaan yang baik untuk tahun 2012. Semoga negeri Selangor diberkati Allah SWT.

Jika di Kelantan, kehadiran seramai itu untuk sesuatu sambutan yang diisi dengan program ilmu agama adalah perkara normal. Terharu apabila kehadiran seramai itu berjaya dicapai di Selangor. Ini jelas menunjukkan yang masyarakat benar-benar dahagakan program seperti itu. Program yang dapat menyucikan hati dan mendidik akhlak. Malah anak muda juga mula berminat untuk mendalami ilmu agama dan meninggalkan hiburan melampau yang melalaikan.

Program anjuran kerajaan Selangor tersebut dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Azhar Idrus, kemudian diteruskan dengan sembang santai bersama Ustaz Syed NorHisham dan Imam Muda Ashraff. Para pengunjung kemudiannya menunaikan Solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam Muda Ashraff. Selepas itu giliran Sham Kamikaze pula membuat persembahan.

Ustaz Azhar Idrus menyusul selepas itu bersama Zizan Raja Lawak untuk sesi Soal-Jawab Agama. Sesi yang sangat dinantikan para pengunjung dimana pemahaman agama dapat ditingkatkan. Shahir AF dan Akhil Hay turut hadir sebagai artis jemputan untuk membuat persembahan selepas itu. Detik 12 malam akhirnya disambut dengan Asma ul husna oleh Ustaz Azhar Idrus bersama kira-kira 80 ribu pengunjung.


p/s: Alhamdulillah, satu perubahan yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Sambutan seperti ini lebih tinggi nilainya berbanding sambutan yang hanya menampilkan persembahan nyanyian dan percikan bunga api.

Sunday, January 1, 2012

Mahasiswa jangan berpolitk! kenapa degil sangat ni?


Sokong Najib takpe! Sayang PM!

Mahasiswa jangan berpolitik, mahasiswa kena duduk dalam bilik baca buku, mahasiswa kena jadi budak nerd, mahasiswa jangan masuk campur hal negara, mahasiswa budak mentah lagi, mahasiswa tak layak tegur orang atas!

Sebab apa dorang tak nak Mahasiswa berpolitik?

Sebab Mahasiswa ni golongan anak muda, golongan yang tidak mudah ditipu, golongan yang boleh berfikir, golongan yang agresif dan mempunyai kuasa mendesak yang kuat. Itu ke sebenarnya yang dorang takutkan? takkan laa kot..

Sebab tu banyak ipt diletak dalam hutan. Supaya budak-budak ni terperap dalam kampus, supaya budak-budak ni jauh dari hal dunia luar, supaya budak-budak ni tak terpengaruh dengan bisikan syaitan yang mengatakan ada penyelewengan berlaku dalam kerajaan.



Yang ni apa cerita? budak-budak ni hentak kepala sendiri ke?
budak-budak ni dengar bisikan supaya hentakkan kepala ke bahu jalan? ke budak-budak ni dah naik sheikh sampai tak sedar kepala dah sagat jalan? aduuhh..hairan aku.



tapi budak sekolah boleh berpolitik ke? hairan akuuu...