Monday, December 26, 2011

Bahang tahun baru, 9 Januari 2012



Kes Liwat Saiful Bukhari yang bermula dari tahun 2008 diikuti penuh minat oleh seluruh rakyat Malaysia. Kes yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI). Setelah 3 tahun kes berjalan, 9 Januari 2012 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan apabila keputusan Hakim akan diputuskan.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, kes tersebut cukup jelas menunjukkan bahawa ianya sudah dirancang dan merupakan niat jahat oleh musuh-musuh politik DSAI untuk 'membunuh' survival politik beliau. Malah sebagai rakyat biasa yang diatas pagar juga melihat banyak kepelikan terhadap kes tersebut, khususnya pada bukti-bukti yang ditampilkan nampak tidak begitu kukuh dan jelas.

Bagi penyokong-penyokong DSAI, mereka mungkin akan hadir beramai-ramai ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan moral terhadap pemimpin mereka itu. Ini berdasarkan pemerhatian didalam laman facebook dan tweeter. Sudah pasti hari tersebut atmosferanya cukup berlainan.

Apa pun keputusan pada tarikh tersebut, para penyokong DSAI perlu menerimanya dengan tenang. Keputusan kes tersebut sudah pasti akan memberi kesan terhadap PRU 13. Jika anda merasakan jika DSAI dipenjarakan akan membuatkan PR menjadi tempang, tanggapan itu adalah silap sama sekali. PR sudah pasti akan lebih bersemangat untuk menghadapi PRU.

PRU 13 mungkin PRU yang paling sengit dalam sejarah. Segala kemungkinan yang tidak dijangka boleh berlaku. Malah mood rakyat juga memainkan peranan besar terhadap PRU kali ini. Peluang BN dan PR kini boleh dianggap sama rata. Jadi, siapa yang tersilap langkah sudah pasti akan kalah. Sama-sama kita nantikannya.

Tuesday, December 20, 2011

MAMAT OBES kempunan nak jadi MAFIA, ada hati nak ludah MAHASISWA



Pehhhh......
x tahan sial wa tgk muka lu..
bajet garang r?
bajet otai r?
kah kah kah

Bapak ah......
muka stok nak bajet gangster..
badan kalau ketul2 x pe bro..
ni badan wa tgk macam mamat obes jek..
kah kah kah

Pehhh......
cuak sial wa tgk muka lu..
x berani wa nak upload gambar lu..
lu kalau cakap biar pakai otak sikit bro..
jangan kerana status balaci ko tu,
sampai otak ko letak kat bawah tapak kaki..

Apa lu cakap?
duit mahasiswa belajar kerajaan tanggung?
abes tu duit kerajaan datang dari mana pulak..
kalau bukan dari duit rakyat?

Lu x payah nak berlagak bagus r..
nak main ludah2 pulak..
apa kes nak main ludah2?
dah cuak dengan suara mahasiswa?
sikit punya tekanan, lu dah meroyan itu macam..
kah kah kah

Thursday, December 15, 2011

Filem pendek yang menerangkan maksud Hudud

klik link ini untuk menonton.


filem pendek yang menerangkan maksud hudud


Nah !
Amek kau Sembang Rakyat ! Aku harap gerombolan-gerombolan *mno tengok video nih !

Sebenarnya isi macam ni yang perlu diberikan kepada rakyat. Bukannya dengan bagi isi sampah yang boleh memesongkan akidah !

Aku sebagai rakyat tak boleh terima tajuk video2 tajaan *mno tu dengan nama Sembang Rakyat. Sebenarnya bukan rakyat yang bersembang bodoh macam tu. Sembang macam orang tak pernah baca al-quran. Lebih elok kalau Sembang Rakyat tu ditukar tajuk kepada 'Sembang *mno'. Hakkk Ptuiiihhh !

Di bawah adalah video2 Sembang Rakyat tajaan *mno yang memperlekeh Hudud:


p/s: korang boleh beza orang jahil dan orang berilmu ? bertanya jika tidak tahu, mengutuk menampakkan anda seorang yang bodoh.

Monday, December 12, 2011

Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma akan ke Putrajaya




Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) di bawah naungan Pemuda Sosialis bersama-sama dengan PSM, Kumpulan Anak Muda dan NGO akan menyerahkan memorandom kepada Kementerian Pengajian Tinggi pada 13/12/2011 pukul 10.00 pagi bertempat di No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya. Sila hadir dan beri sokongan.



Maklumat lanjut sila hubungi Saudara Babu 016-5002523, Saudara Ravin 010-5638500, dan Saudara Rubben 016-5046650.

Thursday, December 8, 2011

Si Kitol kembali menjelang PRU

Agaknya beginilah rupa Si Kitol


Pernah dengar nama Si Kitol? Si Kitol ni hidup masa zaman pemerintahan Sultan Melaka dulu. Si Kitol ni kalau mengikut bacaan aku adalah orang suruhan kepada Raja Mendeliar. Si Kitol ni dia punya perangai memang cukup celaka. Dia fitnah sana dia fitnah sini. Jumpa orang ni dia ckp macam tu, jumpa orang tu dia cakap macam ni pula.

Klimaks kepada hobi Si Kitol ni mangsanya Tun Mutahir. Tun Mutahir ni berpangkat Bendahara. Si Kitol ni report kat Raja Mendeliar kononnya Tun Mutahir sedang kumpul kekayaan daripada emas. Raja Mendeliar pula gi report kat Sultan Mahmud. Aku pun tak tau apa salah Tun Mutahir ni. Agaknya zaman dulu tak boleh kaya daripada sultan. Disebabkan fitnah tu, maka Tun Mutahir di hukum bunuh. Malah sedara-mara dia kena hukum bunuh sekali.

Aku ingatkan perangai Si Kitol ni cuma ada pada pencacai zaman dulu je. Rupanya pencacai zaman sekarang ni makin hebat fitnah dia. Boleh dikatakan pencacai zaman sekarang ni memang gunakan sebaik mungkin teknologi yang ada untuk membuat fitnah. Segala macam bentuk bahan si pencacai ni bawa keluar. Lagi-lagi bila dah dekat PRU, makin rajinlah si pencacai ni buat kerja. Mungkin imbuhan sedulang emas dan projek kambing sedang menunggu si pencacai ni.

Tapi sori lah pencacai sekalian, rakyat zaman sekarang pun makin pandai. Rakyat sekarang bukan bongok macam orang dulu. Pencacai sekalian teruskanlah menghiburkan rakyat dengan cerita-cerita jenaka pencacai sekalian. Kami sedia mentertawakannya.


p/s: dosa fitnah lebih besar daripada dosa membunuh ..

Wednesday, December 7, 2011

RTM dakwa masalah sebenar adalah "celakamu" bukan "reformasi"




Hari ini aku bangun tidur awal sikit. Then lepas mandi and siap breakfast aku terus mengadap laptop baca Malaysiakini. Hari tu aku ada tulis pasal single terbaru Bunkface, 'Panik' diharamkan kerana perkataan "reformasi". News tu aku dapat hasil dari bacaan beberapa blog hiburan. Tapi, bila aku buka Malaysiakini pagi ni dah berubah pula ceritanya.

Ketua pengarah penyiaran RTM, Datuk Norhayati Ismail kata, RTM tiada masalah dengan perkataan "reformasi" sebaliknya perkataan "celakamu" sebenarnya yang membawa masalah.

Beliau juga mengatakan RTM belum membuat apa-apa keputusan untuk mengharamkan lagu tersebut.

Jawatankuasa penilai lagu yang dipengerusikan pengarah bahagian perkhidmatan muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail hanya memutuskan bahawa lagu itu "tidak digalakkan" untuk disiarkan.

"Kita tak haramkan, tapi tak galakkan...Kita belum buat keputusan apa-apa lagi, melainkan Bunkface mahu tukar perkataan itu," kata Norhayati lagi.

Tapi lain pula yang keluar dari mulut pengurus Bunkface, Mohd Rafie Saruddin. Beliau kata, makluman yang diterima daripada RTM sebelum ini adalah berhubung kedua-dua perkataan "celakamu" dan "reformasi". Katanya lagi, makluman tersebut daripada seorang pegawai RTM yang menyatakan lagu berkenaan tidak boleh disiarkan oleh RTM kerana kedua-dua perkataan tersebut. Namun masalah tersebut hanya dengan RTM dan stesen swasta lain bebas memainkan lagu Panik.


p/s: aduhh ..dah berbelit-belit cerita ..kejap mcm tu kejap mcm ni ..apa2 pun gudluck r utk Bunkface.

Monday, December 5, 2011

Benarkah mereka pejuang tunggal bangsa Melayu dan agama Islam?

Gambar Hiasan



Selama lebih kurang seminggu, apabila bermulanya perhimpunan agung sebuah parti itu, maka semua saluran media perdana bertungkus lumus memainkan peranan dengan turut sama berkempen dan mencanang bagi pihak parti tersebut. Gendang dipalu sambil melaungkan mereka lah pejuang tunggal bangsa melayu dan agama Islam. Malah secara angkuh dengan hidung ke atas sambil mendabik dada mereka juga melaungkan amaran bahawa tanpa parti mereka nasib bangsa melayu tidak terbela.

Tidak kira stesen tv mahupun surat khabar, masing-masing terus berkempen dan mengipas parti tersebut. Setiap hari akan muncul sahaja muka-muka angkuh yang terpekik terlolong. Tidak cukup dengan masa 30 minit yang diambil dari waktu berita, ada pula slot khas secara live untuk mereka. Aku terkilan, bukannya agenda untuk membangunkan bangsa melayu yang dibincangkan. Sebaliknya perbahasan pada perhimpunan tersebut dipenuhi dengan kutukan serta tohmahan terhadap parti lawan.

Benarkah mereka pembela sebenar bangsa melayu? benarkah mereka pejuang tunggal agama Islam? Hampir setengah abad masa sudah diberi. Ekonomi dan pendidikan melayu masih terkebelakang. Masih ramai anak-anak melayu yang bijak pandai tetapi tidak dapat melanjutkan pengajian kerana miskin. Pusat-pusat pelacuran pula masih bebas beroperasi di ibu kota. Ketirisan ekonomi akibat rasuah dan penyelewengan wang rakyat masih berleluasa. Kawasan pedalaman di beberapa buah negeri masih tidak terurus. Sudahlah, usah bermain dengan kata-kata sekiranya tidak mampu mengotakannya.


p/s: Dunia ini sudah cukup untuk keperluan seluruh manusia, namun tidak cukup untuk kerakusan seorang individu.

Friday, December 2, 2011

wi-fi percuma di seluruh negeri Selangor mulai 2012



Tahniah untuk kerajaan negeri Selangor dibawah Parti Keadilan Rakyat. Sejak Program Merakyatkan Ekonomi Selangor diperkenalkan, pelbagai kemudahan disediakan untuk rakyat. Malah keuntungan kerajaan negeri terus disalurkan kepada rakyat.

Kini, kerajaan Selangor ingin memberikan perkhidmatan wi-fi dan broadband secara percuma di seluruh negeri Selagor mulai tahun 2012 yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar. Agenda ini bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran. Malah membolehkan rakyat menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara.

Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.


*perkara ini disampaikan Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei.



p/s: sebagai rakyat, ini yang kita mahukan daripada sebuah kerajaan ..hope kualitinya pn bagus lah ..

Thursday, December 1, 2011

Lagu Bunkface diharamkan stesen radio milik kerajaan



Kini, Band trio anak muda yang dianggotai Sam, Paan dan Youk dikatakan sudah get ready untuk berhijrah ke Indonesia. Ini memandangkan mereka menerima respons positif daripada beberapa syarikat rakaman sepanjang persembahan selama lima hari di Jakarta.

Mereka juga akan menetap di Indonesia tahun hadapan buat sementara waktu memandangkan mereka akan buat konsert jelajah di sana pada tahun hadapan. Keputusan itu dibuat juga kerana faktor Indonesia adalah sebuah negara yang besar dan konsert jelajah tersebut sudah pasti akan mengambil tempoh masa yang agak lama.

Paan turut mengatakan Bunkface sedang mempertimbangkan beberapa tawaran kontrak dari tiga syarikat rakaman di Jakarta. Youk pula mengatakan bahawa mereka belum memutuskan mengenai pemilihan syarikat rakaman tersebut. Ini kerana mereka hanya mahu memilih yang terbaik.

Dalam pada itu, Paan turut meluahkan rasa kecewa terhadap industri muzik tanah air.

"Melihat pada fenomena industri muzik negara sekarang ini, kami berasa sedikit kecewa. Kami tidak dapat sokongan sepenuhnya daripada penggiat muzik. Ada stesen radio yang tidak mahu putarkan lagu kami. Paling mengecewakan apabila single terbaru kami, 'Panik' diharamkan oleh semua stesen radio milik kerajaan kerana lirik lagu itu mengandungi perkataan 'reformasi' yang dianggap sebagai lagu pro-pembangkang. Padahal, tidak sama sekali," ujar Paan.


p/s: hahaha ..pebenda lah, hari tu haramkan warna kuning, now dah mula takut words 'reformasi' semula. nampaknya kesan ledakan reformasi tahun 1998 still tak hilang ..