Thursday, December 1, 2011

Lagu Bunkface diharamkan stesen radio milik kerajaan



Kini, Band trio anak muda yang dianggotai Sam, Paan dan Youk dikatakan sudah get ready untuk berhijrah ke Indonesia. Ini memandangkan mereka menerima respons positif daripada beberapa syarikat rakaman sepanjang persembahan selama lima hari di Jakarta.

Mereka juga akan menetap di Indonesia tahun hadapan buat sementara waktu memandangkan mereka akan buat konsert jelajah di sana pada tahun hadapan. Keputusan itu dibuat juga kerana faktor Indonesia adalah sebuah negara yang besar dan konsert jelajah tersebut sudah pasti akan mengambil tempoh masa yang agak lama.

Paan turut mengatakan Bunkface sedang mempertimbangkan beberapa tawaran kontrak dari tiga syarikat rakaman di Jakarta. Youk pula mengatakan bahawa mereka belum memutuskan mengenai pemilihan syarikat rakaman tersebut. Ini kerana mereka hanya mahu memilih yang terbaik.

Dalam pada itu, Paan turut meluahkan rasa kecewa terhadap industri muzik tanah air.

"Melihat pada fenomena industri muzik negara sekarang ini, kami berasa sedikit kecewa. Kami tidak dapat sokongan sepenuhnya daripada penggiat muzik. Ada stesen radio yang tidak mahu putarkan lagu kami. Paling mengecewakan apabila single terbaru kami, 'Panik' diharamkan oleh semua stesen radio milik kerajaan kerana lirik lagu itu mengandungi perkataan 'reformasi' yang dianggap sebagai lagu pro-pembangkang. Padahal, tidak sama sekali," ujar Paan.


p/s: hahaha ..pebenda lah, hari tu haramkan warna kuning, now dah mula takut words 'reformasi' semula. nampaknya kesan ledakan reformasi tahun 1998 still tak hilang ..

No comments:

Post a Comment