Wednesday, November 30, 2011

Sejauh mana demokrasi di Malaysia?




Apa itu demokrasi?

Demokrasi adalah suatu bentuk pemerintahan politik yang kekuasaan pemerintahannya berasal dari rakyat, baik secara langsung (demokrasi langsung) atau melalu perwakilan (demokrasi perwakilan). Secara mudahnya makna demokrasi adalah "pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat".

Ini bererti kekuasaan tertinggi dalam sistem demokrasi ada di tangan rakyat, dan rakyat mempunyai hak, kesempatan, dan suara yang sama di dalam mengatur kebijakan pemerintahan. Melalui demokrasi, keputusan yang diambil berdasarkan suara terbanyak. Demokrasi juga memberikan kebebasan berpendapat bagi rakyat.

Jadi kita sudah faham apa itu makna demokrasi.

Tetapi, adakah kerajaan yang menggelar mereka demokrasi benar-benar mengamalkan demokrasi?


Aku agak sangsi dengan hal ini.

Sebab apa?

1. Apa yang aku tengok kat negara kita ni, kalau kat TV tu tak ada peluang langsung untuk parti pembangkang membela diri terhadap sesuatu perkara yang dilemparkan terhadap mereka. 100% yang keluar hanya dari parti pemerintah. So, rakyat tak dapat bandingkan yang mana betul dan yang mana salah.

2. Sudahlah media perdana dikuasai parti pemerintah, kemudian apabila parti pembangkang nak buat ceramah sangatlah susah untuk dapat permit. Walaupun ceramah tersebut diadakan di negeri yang diperintah parti pembangkang.

3. Apabila hampir menjelang pilihanraya, parti pemerintah begitu sibuk menyampaikan manifesto di dalam media perdana. Harus diingat, media perdana bukannya medan untuk berpolitik, sebaliknya parti pemerintah perlu ada media tersendiri sebagai medium untuk mereka menyampaikan sesuatu kepada rakyat.

Namun sekiranya mereka ingin juga menggunakan media perdana, hak sama rata hendaklah di berikan kepada parti pembangkang. Contoh, sekiranya parti pemerintah mengambil masa 1 jam sehari untuk manifesto mereka, maka slot 1 jam perlulah disediakan juga untuk parti pembangkang menyampaikan manifesto mereka. Dengan itu rakyat bebas memilih manifesto mana yang lebih memberi kebaikan untuk mereka.



Kalau nak bercerita tentang demokrasi memang panjang. So, aku just sentuh 3 perkara ni je. Dan aku tak nampak yang kita ni betul2 berada dalam demokrasi. Aku harap perkara ini akan berubah ke arah lebih baik. Mudah-mudahan kita terus maju kehadapan.


p/s: rakyat yang bijak adalah rakyat yang berfikir, menilai, dan membuat keputusan. Bukan hanya mengikut arahan.

No comments:

Post a Comment