Tuesday, November 29, 2011

Mesti Tonton! The Walking Dead di Astro Star Movies


Setiap Jumaat

Jam 10 malam episod ulangan

Jam 11 malam episod baru

Channel Astro Star Movies




The Walking Dead menceritakan kisah kumpulan kecil manusia yang terselamat daripada menjadi zombie untuk meneruskan hidup. Sebahagian besar cerita ini berlaku di dalam kawasan metropolitan Atlanta, dimana mereka cuba mencari tempat tinggal baru yang jauh dari gerombolan "walkers" iaitu gelaran untuk zombie. Plot ini tertumpu kepada elemen dunia manusia yang dahsyat dan cara manusia bergelut dan bertahan untuk meneruskan survival mereka.

Kumpulan manusia diketuai oleh Rick Grimes, yang merupakan timbalan sheriff di sebuah pekan kecil Georgia sebelum wabak zombie. Oleh kerana keadaan mereka menjadi lebih berbahaya, keadaan terdesak kumpulan tersebut untuk meneruskan hidup hampir membuatkan mereka menjadi gila. Pada setiap sudut, mereka berhadapan dengan situasi yang sangat mengerikan yang datangnya dari "walkers"(zombie). Mereka sentiasa diburu "walkers" yang sentiasa mencari mangsa.

Apakah yang mengakibatkan kepada terhasilnya wabak zombie? Mampukah mereka meneruskan hidup dalam keadaan yang kacau bilau serta tempat yang sering didatangi zombie?

Mari kita ikuti drama bersiri The Walking Dead di channel Astro Star Movies pada setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam untuk episod ulangan, dan jam 11 malam untuk episod baru.


p/s: best bro cte nie, jom layaann ..

No comments:

Post a Comment