Baru seminggu berlalu final bola sepak Sukan Sea Jakarta-Palembang, Indonesia. Kini bintang2 muda negara sudah mula dipancing club2 Indonesia Super League (ISL). Tidak hairan mereka mula mendapat perhatian dari club2 liga Indonesia kerana aksi bertenaga yang dipamerkan serta semangat juang yang tinggi pemain2 negara sehingga berjaya mempertahankan pingat emas ketika bertemu Indonesia walaupun berhadapan dengan 90 ribu penyokong fanatik tuan rumah begitu mengagumkan.
Perkara ini turut disahkan sendiri oleh Safee Sali dan pengurus peribadinya Zakaria Rahim. Baddrol Bakhtiar, ketua pasukan B-23 negara pada kempen Sukan Sea yang lalu kini diburu Pelita Jaya. Pelita Jaya juga turut berminat terhadap penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat. Namun setelah pertemuan antara Zakaria dan Tan Sri Annuar Musa, peluang untuk mendapatkan Khairul Fahmi agak tipis memandangkan Presiden Kelantan FA, Tan Sri Annuar Musa masih belum bersedia untuk melepaskan Khairul Fahmi.
Persisam Putra Samarinda juga menunjukkan minat terhadap Khairul Fahmi. Namun mereka kemudiannya mengalihkan perhatian kepada penjaga gol nombor 2 negara, Farizal Marlias yang merupakan pemain Negeri Sembilan. Zakaria mengatakan bahawa peluang untuk mendapatkan Farizal dan Baddrol agak cerah. Malah, Kedah FA juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini. Walaubagaimanapun, Baddrol dan Farizal masih berbaki kontrak satu tahun bersama pasukan masing-masing. Usaha untuk perpindahan mereka kini dalam proses.
Menurut laporan media Indonesia, PSPS Pekan Baru turut menyatakan minat terhadap bintang Selangor iaitu Safiq Rahim. Usaha club seberang untuk memancing Safiq Rahim sebenarnya sudah bermula sejak awal tahun ini. Safq Rahim mula mendapat perhatian setelah membawa pasukan negara menjuarai AFF Suzuki Cup buat kali pertama pada tahun 2010. Ketika itu Safiq Rahim merupakan kapten pasukan negara.
Sedikit info pemain2 yang dipancing:

Nama: Baddrol Bakhtiar
Pasukan: Kedah FA
Posisi: Midfielder, Winger, & Striker
Pencapaian antarabangsa: Pingat Emas Sukan Sea Laos, 2009
Juara AFF Suzuki Cup 2010
Pingat Emas Sukan Sea Indonesia, 2011
Dipancing oleh club: Pelita Jaya

Nama: Khairul Fahmi Che Mat
Pasukan: Kelantan FA
Posisi: Goalkeeper
Pencapaian antarabangsa: Juara AFF Suzuki Cup 2010
Pingat Emas Sukan Sea Indonesia, 2011
Dipancing oleh club: Pelita Jaya

Nama: Farizal Marlias
Pasukan: Negeri Sembilan FA
Posisi: Goalkeeper
Pencapaian antarabangsa: Pingat Emas Sukan Sea, Laos 2009
Dipancing oleh club: Persisam Putra Samarinda

Nama: Safiq Rahim
Pasukan: Selangor FA
Posisi: Midfielder
Pencapaian antarabangsa: Pingat Emas Sukan Sea Laos, 2009
Juara AFF Suzuki Cup 2010
p/s: congrates ! semoga korang dapat main kt ISL. ikut cara Safee Sali.
No comments:
Post a Comment