Tuesday, May 15, 2012

Jika anda datang Shah Alam jangan lupa singgah

sllrrppp ..
cam betul-betul ..

Budak-budak Unisel dengan UiTM mesti dah tak heran nak datang ke gerai ni. Apa tak nya, sekangkang kera je dari wisma mais, kolej meranti, dan kolej jati. Mesti budak-budak ni dah selalu gi kan. Tapi bagi sesiapa yang datang ke Shah Alam sekali-sekala, tak kesah lah hantar anak balik hostel ke, jumpa awek kampus ke, atau apa-apa je urusan korang, aku cadangkan korang hilangkan dahaga sekejap dengan singgah ke Gerai ABC Pegaga (Pegaga Dessert King) kat Perhentian Bas Seksyen 2. Aku bukan nak promote gerai tu ke apa, cuma style aku ni kalau makanan sedap or minuman sedap aku memang suka share dengan orang. Siyes, memang layaann ABC tu. Tapi makesure korang belum kenyang sebelum makan ABC tu, takut nanti tak habis pula ABC tu. Kang membazir dapat dosa pula. Semoga anda menyedut sehingga kering mangkuk !

Monday, May 14, 2012

Gadis idaman lelaki untuk dijadikan isteri

untung laa kalau dapat ..

Kalau boleh, aku memang nak awek macam ni. Sedap je mata ni memandang. Nak bawa keluar makan ABC pun senang je hati. Tak ada nak panas hati bila orang lain usha kat awek aku. Aku pun dengan sendirinya akan berasa segan dengan awek aku. So, secara automatiknya aku pun tak akan cuba nak menggatal pegang tangan apa semua. Sebab aku awal-awal lagi dah respect kat penampilan awek aku ni. Awek aku pulak sure akan jaga perangainya bila aku sendiri dah tunjukkan sikap yang baik terhadap layanan aku kat dia. Inilah kelebihan apabila perempuan menutup aurat dan menjaga sikap dorang. Dorang akan dipandang mulia oleh kaum lelaki. Kalau dah dapat awek macam ni, konpem aku dengan hati yang berbunga-bunga nak jadikan awek aku ni isteri. Tak payah nak fikir banyak kali. Bab memasak apa semua tu nanti boleh belajar. Aku tak kesah sangat pasal tu. Tapi dia kena belajar memasak jugak lah bila dah nak dekat nikah nanti. Hehe.

Wednesday, May 2, 2012

"Debat bukan budaya kita" - En. Piem

Al-kesah...

Bermulanya kesah di sebuah negara, Mesia nama diberi. Nama yang berasal dari nama sepohon pokok. Nun terletak di Asia Tenggara. Penduduknya hidup harmoni walaupun berbilang kaum dan agama. Sejak merdeka sehingga kini penduduknya sudah biasa hidup bersama. Pelbagai pekerjaan dijalankan untuk menampung kehidupan. Ada yang jadi nelayan, petani, pelombong, peniaga, guru, malah ada juga yang menceburi bidang profesional seperti menjadi doktor, peguam dan jurutera. Sebagai negara yang baru merdeka, pelbagai pembangunan telah diatur demi mencapai cita-cita ingin menjadi negara maju.

Pelbagai projek telah dilancarkan golongan pemerintah. Kerja-kerja dilaksanakan dengan mengimport tenaga kerja dari negara jiran, Inasia. Namun, dalam pada ingin memajukan negara dan masyarakat, tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan ingin memajukan diri sendiri dengan cara salah. Golongan pemerintah telah 'memakan' duit projek tersebut. Maka, timbul lah isu seperti projek tergendala dan sebagainya. Walaupun duit projek tersebut datangnya dari duit rakyat, malangnya tak ramai rakyat yang sedar. Ini kerana media-media perdana hanya memaparkan kebaikan golongan pemerintah. Oleh itu, rakyat terus berasa senang hati dengan menjalankan aktivti seharian walaupun duit mereka telah disalahgunakan.

Hari demi hari, kemajuan terus dinikmati. Sehinggalah pada suatu hari, Perdana Menteri(PM) negara Mesia dengan bangganya telah memperkenalkan Internet kepada rakyatnya. Dengan itu, segala maklumat dapat diperolehi dengan hanya di hujung jari. PM bersama dengan barisan kabinetnya begitu komited membawa Mesia ke arah negara maju. Rakyat Mesia berasa sangat seronok dengan kemudahan baru itu. Segala aktiviti menjadi mudah, urusan perniagaan menjadi lebih mudah apabila mereka mampu berjual-beli hanya menggunakan komputer. Sifat rakyat Mesia yang peramah juga membuatkan mereka begitu gemar melayari laman sosial fesbuk. Boleh dikatakan, setiap hari rakyat Mesia akan meluangkan masa bermain fesbuk, masa yang diambil pula berjam-jam lamanya.

Golongan pemerintah terus hidup senang. Gelaran 'Datuk' dan 'Tan Sri' membuatkan mereka menjadi mudah untuk mendapatkan projek dan mengumpul kekayaan hingga menjadi bukit. Gelaran Datuk juga begitu mudah diperoleh. Contohnya Pak Hassan. Kemahirannya membuat wau gergasi telah menjadikan diri beliau dikenali sehingga ke Asia Tengah. Akhirnya, beliau telah dianugerahkan gelaran 'Datuk' kerana jasanya memperkenalkan negara Mesia dimata dunia. PM bersama barisan kabinetnya begitu teruja dengan pembangunan yang dikecapi negara. Sumber kekayaan negara yang berpunca dari hasil bumi seperti petroleum, pertanian, penternakan, dan perniagaan begitu menggembirakan PM. PM mula berfikir cara untuk mengayakan keluarganya serta rakan-rakannya. Akhirnya, PM mula mengambil langkah dengan menaikkan segala bentuk cukai.

Rakyat Mesia terus asyik bermain fesbuk. Fesbuk lah cara yang paling mudah untuk mereka menghiburkan hati ketika berehat sejenak dari bekerja. Sehinggalah pada suatu hari, rakyat Mesia terjumpa laman berita di internet. Berita yang dipaparkan pula begitu berbeza dengan berita yang hari-hari mereka dengar di TV dan yang mereka baca di surat khabar. Mereka mula sedar, selama ini mereka telah ditipu mentah-mentah oleh stesen-stesen televisyen dan surat khabar arus perdana. Kini terbongkarlah segala perilaku sumbang golongan pemerintah yang selama ini mereka anggap begitu baik dan budi pekerti.

Sebagai negara membangun, rakyat Mesia semakin ramai yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Mereka begitu berminat untuk menuntut ilmu sehingga ke universiti. Ini juga sebagai persediaan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang akan mentadbir negara. Aktiviti debat pula merupakan aktiviti yang begitu berguna kepada para pelajar. Debat telah diperkenalkan kepada para pelajar seawal sekolah menengah. Ianya terus menjadi budaya sehingga ke universiti. Aktiviti yang mampu meluaskan daya pemikiran dan melatih para pelajar untuk berhujah. Malah, budaya debat kini mula menjadi ikutan oleh ahli-ahli politik untuk mereka menghujahkan pendapat dan pandangan mereka terhadap sesuatu perkara. Rakyat pula semakin tertarik dengan budaya debat. Ini memudahkan mereka untuk menilai sesuatu perkara. Seterusnya mereka mampu untuk memilih sesuatu yang baik untuk diri mereka.

Malangnya, baru-baru ini PM telah membuat satu kenyataan yang memeningkan rakyat negara Mesia. "Debat bukan budaya kita, debat budaya barat.". Tatkala negara Mesia begitu pesat membangun dan menuju ke arah negara maju pada tahun 2020, debat pula diberi tanggapan sebagai sesuatu yang negatif. Rakyat Mesia mula keliru. Sepatutnya fikiran mereka perlu maju dan berkembang. Boleh terima apabila dikritik dan mampu untuk berbalas hujah dan memberi pendapat. Pada mereka, debat mampu menyumbang ke arah pembangunan negara. Dengan adanya debat, pelbagai idea untuk memajukan negara dapat diperolehi. Nampaknya, PM Mesia hanya mementingkan pembangunan berbentuk fizikal. PM Mesia langsung tidak mementingkan pembangunan daya pemikiran rakyatnya.

-Tamat