Friday, December 2, 2011

wi-fi percuma di seluruh negeri Selangor mulai 2012



Tahniah untuk kerajaan negeri Selangor dibawah Parti Keadilan Rakyat. Sejak Program Merakyatkan Ekonomi Selangor diperkenalkan, pelbagai kemudahan disediakan untuk rakyat. Malah keuntungan kerajaan negeri terus disalurkan kepada rakyat.

Kini, kerajaan Selangor ingin memberikan perkhidmatan wi-fi dan broadband secara percuma di seluruh negeri Selagor mulai tahun 2012 yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar. Agenda ini bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran. Malah membolehkan rakyat menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara.

Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.


*perkara ini disampaikan Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei.



p/s: sebagai rakyat, ini yang kita mahukan daripada sebuah kerajaan ..hope kualitinya pn bagus lah ..

No comments:

Post a Comment