Monday, December 5, 2011

Benarkah mereka pejuang tunggal bangsa Melayu dan agama Islam?

Gambar Hiasan



Selama lebih kurang seminggu, apabila bermulanya perhimpunan agung sebuah parti itu, maka semua saluran media perdana bertungkus lumus memainkan peranan dengan turut sama berkempen dan mencanang bagi pihak parti tersebut. Gendang dipalu sambil melaungkan mereka lah pejuang tunggal bangsa melayu dan agama Islam. Malah secara angkuh dengan hidung ke atas sambil mendabik dada mereka juga melaungkan amaran bahawa tanpa parti mereka nasib bangsa melayu tidak terbela.

Tidak kira stesen tv mahupun surat khabar, masing-masing terus berkempen dan mengipas parti tersebut. Setiap hari akan muncul sahaja muka-muka angkuh yang terpekik terlolong. Tidak cukup dengan masa 30 minit yang diambil dari waktu berita, ada pula slot khas secara live untuk mereka. Aku terkilan, bukannya agenda untuk membangunkan bangsa melayu yang dibincangkan. Sebaliknya perbahasan pada perhimpunan tersebut dipenuhi dengan kutukan serta tohmahan terhadap parti lawan.

Benarkah mereka pembela sebenar bangsa melayu? benarkah mereka pejuang tunggal agama Islam? Hampir setengah abad masa sudah diberi. Ekonomi dan pendidikan melayu masih terkebelakang. Masih ramai anak-anak melayu yang bijak pandai tetapi tidak dapat melanjutkan pengajian kerana miskin. Pusat-pusat pelacuran pula masih bebas beroperasi di ibu kota. Ketirisan ekonomi akibat rasuah dan penyelewengan wang rakyat masih berleluasa. Kawasan pedalaman di beberapa buah negeri masih tidak terurus. Sudahlah, usah bermain dengan kata-kata sekiranya tidak mampu mengotakannya.


p/s: Dunia ini sudah cukup untuk keperluan seluruh manusia, namun tidak cukup untuk kerakusan seorang individu.

No comments:

Post a Comment