Wednesday, December 7, 2011

RTM dakwa masalah sebenar adalah "celakamu" bukan "reformasi"




Hari ini aku bangun tidur awal sikit. Then lepas mandi and siap breakfast aku terus mengadap laptop baca Malaysiakini. Hari tu aku ada tulis pasal single terbaru Bunkface, 'Panik' diharamkan kerana perkataan "reformasi". News tu aku dapat hasil dari bacaan beberapa blog hiburan. Tapi, bila aku buka Malaysiakini pagi ni dah berubah pula ceritanya.

Ketua pengarah penyiaran RTM, Datuk Norhayati Ismail kata, RTM tiada masalah dengan perkataan "reformasi" sebaliknya perkataan "celakamu" sebenarnya yang membawa masalah.

Beliau juga mengatakan RTM belum membuat apa-apa keputusan untuk mengharamkan lagu tersebut.

Jawatankuasa penilai lagu yang dipengerusikan pengarah bahagian perkhidmatan muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail hanya memutuskan bahawa lagu itu "tidak digalakkan" untuk disiarkan.

"Kita tak haramkan, tapi tak galakkan...Kita belum buat keputusan apa-apa lagi, melainkan Bunkface mahu tukar perkataan itu," kata Norhayati lagi.

Tapi lain pula yang keluar dari mulut pengurus Bunkface, Mohd Rafie Saruddin. Beliau kata, makluman yang diterima daripada RTM sebelum ini adalah berhubung kedua-dua perkataan "celakamu" dan "reformasi". Katanya lagi, makluman tersebut daripada seorang pegawai RTM yang menyatakan lagu berkenaan tidak boleh disiarkan oleh RTM kerana kedua-dua perkataan tersebut. Namun masalah tersebut hanya dengan RTM dan stesen swasta lain bebas memainkan lagu Panik.


p/s: aduhh ..dah berbelit-belit cerita ..kejap mcm tu kejap mcm ni ..apa2 pun gudluck r utk Bunkface.

No comments:

Post a Comment