Monday, December 26, 2011

Bahang tahun baru, 9 Januari 2012



Kes Liwat Saiful Bukhari yang bermula dari tahun 2008 diikuti penuh minat oleh seluruh rakyat Malaysia. Kes yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI). Setelah 3 tahun kes berjalan, 9 Januari 2012 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan apabila keputusan Hakim akan diputuskan.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, kes tersebut cukup jelas menunjukkan bahawa ianya sudah dirancang dan merupakan niat jahat oleh musuh-musuh politik DSAI untuk 'membunuh' survival politik beliau. Malah sebagai rakyat biasa yang diatas pagar juga melihat banyak kepelikan terhadap kes tersebut, khususnya pada bukti-bukti yang ditampilkan nampak tidak begitu kukuh dan jelas.

Bagi penyokong-penyokong DSAI, mereka mungkin akan hadir beramai-ramai ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan moral terhadap pemimpin mereka itu. Ini berdasarkan pemerhatian didalam laman facebook dan tweeter. Sudah pasti hari tersebut atmosferanya cukup berlainan.

Apa pun keputusan pada tarikh tersebut, para penyokong DSAI perlu menerimanya dengan tenang. Keputusan kes tersebut sudah pasti akan memberi kesan terhadap PRU 13. Jika anda merasakan jika DSAI dipenjarakan akan membuatkan PR menjadi tempang, tanggapan itu adalah silap sama sekali. PR sudah pasti akan lebih bersemangat untuk menghadapi PRU.

PRU 13 mungkin PRU yang paling sengit dalam sejarah. Segala kemungkinan yang tidak dijangka boleh berlaku. Malah mood rakyat juga memainkan peranan besar terhadap PRU kali ini. Peluang BN dan PR kini boleh dianggap sama rata. Jadi, siapa yang tersilap langkah sudah pasti akan kalah. Sama-sama kita nantikannya.

No comments:

Post a Comment