Thursday, July 7, 2011

Title Liga Super akhirnya milik Kelantan

Kelantan muncul juara Liga Super 2011 buat kali pertama setelah mengharungi saingan liga paling sengit dalam sejarah. Juara hanya dapat ditabalkan pada perlawanan terakhir liga kerana sebelum perlawanan bermula Kelantan mengumpul 53 mata, diekori Selangor 51 mata dan Terengganu 50 mata. Selepas tamat kesemua perlawanan. Kelantan berjaya menewaskan Sabah 2-1, Selangor seri dengan Perak 0-0 dan Terengganu membelasah Felda United 6-2. Kelantan menamatkan saingan dengan 56 mata, Terengganu 53 mata, dan Selangor 52 mata.

pemenang Liga Super edisi terdahulu :

2004 Pahang
2005 Perlis
2006 Negeri Sembilan
2007 Kedah
2008 Kedah
2009 Selangor
2010 Selangor
2011 Kelantan


ulasan aku : Hope next season pn sengit camni, tambah2 dh ada player import. lg meriah lah nmpknye erk.


No comments:

Post a Comment