Wednesday, July 6, 2011

Masa untuk padam kepoyoan SINGAPORE

Antara import yang menjadi sandaran mereka ialah Qiu Li dan Shi Jiayi (China) serta Daniel Bennett (England), Mustafic Fahrudin (Serbia) dan Aleksandar Duric (Bosnia) yang kesemuanya diberi kerakyatan Singapore.

Avramovic bagaimanapun tidak menyenaraikan dua lagi pemain dari Nigeria iaitu Agu Casmir dan Precious Emuejeraye yang beraksi pada Piala Suzuki AFF 2010.

Selepas Singapore keluar awal dari Piala Suzuki AFF tahun lepas, pasukan itu telah dibubarkan dan beberapa rombakan telah dilakukan.

"Pemain veteran seperti Aleksandar Duric 41, telah dikekalkan, tetapi nama-nama besar seperti Baihakki Khaizan dan Noh Alam Shah telah digugurkan.

Seperti yang dijanjikan, beberapa anak muda telah dimasukkan ke dalam pasukan itu, seperti (Young Lions) Afiq Yunos dan Hariss Harun". ujar Raddy Avramovic, coach Singapore.


ulasan aku: player2 import dorang semua dh veteran dan ada yg dh kena drop,
so kita jgn risau sgt lah, apa lg jom lah kita ramai2 ke Bukit Jalil 28 July nie!

No comments:

Post a Comment