Tuesday, April 24, 2012

Mampukah Drogba mengukir senyuman?

16 February 2011 adalah tarikh yang paling nikmat bagi aku. Sepanjang hari rasa seronok. Hari tu lecturer bagi assignment lebih pun aku tersenyum. Ini semua bermula selepas lebih kurang 4.30 pagi. Dimana Andrei Arshavin telah menjaringkan gol kedua merangkap gol kemenangan Arsenal pada minit ke 83. Cukup untuk membuatkan hati aku puas setelah dikecewakan Barcelona pada season sebelumnya. Lionel Messi dan rakan-rakan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Kalau season sebelum tu dia tergelak-gelak membuli budak-budak Arsenal dengan membelasah 4-1 pada pusingan kedua peringkat suku akhir, tapi kali nie dia kena terima yang budak-budak Arsenal semakin meningkat dewasa dan matang. Melihat mereka termenung sugul pun sudah cukup hebat bagi aku.

Tapi apakan daya, era kebangkitan Barcelona sejak tahun 2006 memang tidak dapat dibendung. Kemenangan adalah perkara biasa bagi mereka. Seolah-olah macam makan nasi. Tak ada apa yang nak dipelikkan. Kebanyakan club yang terpaksa berdepan mereka awal-awal lagi sudah memikirkan bagaimana cara yang mujarab agar tidak dikendurikan oleh Barcelona. Tak ramai Manager yang berani memikirkan cara untuk menang. Begitulah besarnya kuasa Barcelona. Aksi mereka dia atas padang seperti mengembalikan ingatan kita kepada kehebatan empayar Sepanyol pada kurun ke-15 hingga 17 era Raja Charles 1.

Beraksi dihadapan kira-kira 97 ribu rakyat Catalan di gelanggang Nou Camp adalah satu tugas besar bagi Messi dan rakan-rakan. Kalah bermakna satu aib akan terpalit pada setiap muka warga Catalan. Itu adalah suatu yang perlu dielakkan. Satu pertembungan besar diantara dua club yang mempunyai corak permainan yang sama dan menghiburkan dunia telah berlangsung sekali lagi. Namun, apakan daya sorakan padu warga Catalan berjaya membuatkan mental anak-anak buah Arsene Wenger yang diketuai Cesc Fabregas telah 'pecah'. Keputusan itu jugalah yang telah membuatkan Fabregas kembali ke kampung halamannya di Catalunya. Satu malapetaka yang cukup besar buat warga Utara London dan penyokong-penyokong mereka diserata dunia.

Kini, tugas untuk menidakkan dominasi Barcelona di pentas Eropah terletak dibahu Didier Drogba dan rakan-rakan. Drogba seorang pejuang dari Afrika telah mengajar mereka cara bermain sebagai pasukan berbilang kaum. Kemenangan 1-0 di London perlu diteruskan di bumi Sepanyol. Pertembungan ini mungkin tidak melibatkan Fernando Torres. Seorang kelana dari Sepanyol yang mencipta nama di Merseyside, namun namanya semakin dilupakan sejak berhijrah ke London. Maka, sebagai rakyat jelata yang bencikan api perkauman, marilah kita sama-sama berjuang disamping Drogba yang lebih mesra dipanggil Dubuk Liar. Semoga Berjaya.

No comments:

Post a Comment