Monday, November 14, 2011

BERPELUH JINAKKAN KEMBOJA




Malaysia menepati ramalan apabila berjaya menundukkan Kemboja 4-1. Sejak tiupan wisel pertama, Malaysia sudah mula mengatur gerakan dengan mengasak bertubi-tubi ke arah kubu Kemboja dan menguasai sebahagian besar permainan.

Hasilnya Malaysia berjaya merobek gawang Kemboja untuk gol pertama pada minit ke 7 menerusi tandukan Izzaq Faris yang mendapat hantaran daripada Kuong Yong. Malaysia kemudiannya terus menambah derita Kemboja apabila Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kedua pada minit ke 36 menerusi percubaan dari jarak 25 meter. Baddrol Bakhtiar terus meletakkan Malaysia pada kedudukan selesa untuk menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 40. 1st half berakhir dengan Malaysia 3 gol dihadapan.

Bermula 2nd half, Malaysia seolah-olah hilang punca dan permainan agak berterabur dan kelam-kabut. Akibatnya gawang Malaysia dibolosi pada minit ke 59 menerusi rembatan pemain Kemboja berdekatan kotak penalti. Setelah berhempas pulas menyerap asakan Kemboja dan sorakan serta ejekan dari penyokong tuan rumah, Malaysia akhirnya melengkapkan kemenangan dengan jaringan 4-1 apabila Wan Zaharulnizam menjaringkan gol dengan merembat cantik dari bucu kotak penalti pada minit 90.

Malaysia akan menentang tuan rumah Indonesia pada 17 Nov(Khamis) ini untuk melengkapkan saingan peringkat kumpulan. Perlawanan yang sudah pasti dinanti-nantikan rakyat kedua2 negara. Malah bahangya pasti ibarat final AFF Suzuki Cup.

p/s: lawan Indonesia habis-habisan, jangan bagi peluang langsung !

No comments:

Post a Comment