Monday, November 14, 2011

PTPTN, MAHASISWA, dan KERAJAAN



Ramai yang bising pasal PTPTN, kononnya mahasiswa lari tak nak bayar. Lepas tu bising pasal mahasiswa pilih kerja. Tapi pernah ke kerajaan fikir masalah mahasiswa? Nak kerja elok sikit bersesuaian dengan bidang dan course yang di ambil untuk memudahkan bayar hutang.. tapi bila dapat kerja gaji RM1,000, bayar sewa rumah RM200 monthly sebab share2, lepas tu motor RM250, RM20 electricity n water, RM200 barangan dapur.

Balance dalam RM300++. Nak hantar duit kat mak lagi. Tak kan lah dah kerja taknak bagi mak duit? Nak juga gembirakan hati mak. Dan lain2 perbelanjaan seperti minyak, makan di tempat kerja, dan pelbagai lagi. Semua perlukan duit. Kalau dapat bayar RM30 sebulan pun rasa seronok macam dah kurang dosa dari lari bayar hutang tapi bila tengok balance tak pernah nampak macam susut rasa sakit hati pula.

Yang kerajaan tahu nak salahkan mahasiswa kononnya liat nak bayar hutang dan tak pandai nak berterima kasih. lagi tertekan, had umur persaraan dinaikkan ke umur 60 tahun..sampai bila mahasiswa nak menganggur lagi?

-petikan dari sebuah page di facebook


p/s: kalau takde korupsi, tentu tak perlu pinjaman, sebaliknya dapat biasiswa. kan?

No comments:

Post a Comment