Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda kekalkan 'Ibu Emas'

Syahrul Azwari meraikan golnya ke atas Indonesia (Group stage)



Selepas menewaskan Myanmar 1-0 di semi-final, Malaysia sekali lagi bertemu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno buat kali ke-2 dalam tempoh 4 hari. Final yang kedua berturut-turut buat Malaysia. Misi Malaysia kali ini lebih besar apabila turun untuk mempertahankan pingat emas di hadapan lebih 100 ribu penyokong fanatik tuan rumah. Namun begitu, Malaysia terpaksa beraksi tanpa beberapa tonggak utama yang tercedera iaitu Syahrul Azwari, Wan Zaharulnizam, dan Izzaq Faris Ramlan. Walaupun begitu, Ong Kim Swee masih mampu membentuk skuad yang mantap.




Bas yang membawa skuad Malaysia dikepung fans Indonesia (Final)



Melangkah ke perlawanan akhir bukanlah suatu perkara yang mudah untuk Malaysia. Sejak perlawanan pertama peringkat kumpulan skuad negara telah menerima pelbagai dugaan. Antaranya diprovoke oleh penyokong tuan rumah, Indonesia. Malah perkara tersebut semakin memuncak sehingga ke game terakhir Kumpulan A diantara Malaysia dan Indonesia. Akhirnya kita berjaya menutup mulut mereka apabila kita menang 1-0. Pada semi-final pula Malaysia terpaksa bermain tanpa Ong Kim Swee di tepi padang kerana beliau telah digantung untuk game itu. Namun, kita berjaya juga mara ke final apabila menewaskan Myanmar 1-0 di semi-final.



Asra meraikan golnya untuk kedudukan 1-1 (Final)




Bahang pertemuan Malaysia-Indonesia sekali lagi memuncak. Indonesia mendapat gol seawal minit ke 4' menerusi tandukan Gunawan Dwi Cahyo hasil daripada corner-kick Oktovianus. Game selepas itu berlangsung dengan sengit apabila kedua-dua pasukan saling membuat serangan berbahaya. Aksi keras juga turut menghiasi game tersebut dan membuatkan keadaan semakin panas dan bergelora. Pada minit ke 33', Malaysia akhirnya mendapat gol penyamaan apabila kapten Baddrol Bakhtiar membuat hantaran lintang ke dalam penalty box lalu ditanduk masuk oleh Asraruddin Putra Omar. Game kembali berlangsung dengan sengit namun kedudukan 1-1 kekal hingga tamat permainan.


Player2 Malaysia meraikan kemenangan penalti 4-3 (Final)





Game seterusnya meleret ke penentuan sepakan penalti setelah kedudukan 1-1 kekal didalam masa tambahan. 2 player Indonesia gagal menyempurnakan sepakan iaitu Gunawan Dwi Cahyo yang sepakannnya terkena tiang gol dan sepakan Ferdinand Sinaga pula ditampan Khairul Fahmi. Player Malaysia Fakri Saarani turut gagal apabila sepakannya ditampan Kurnia Meiga. Setelah kedudukan 3-3 dan Malaysia masih berbaki 1 sepakan, Baddrol Bakhtiar muncul wira negara dengan menceriakan seluruh rakyat Malaysia apabila menyempurnakan sepakan penalti sekaligus mempertahankan pingat emas di hadapan 100 ribu penyokong fanatik Indonesia yang terlalu mengharap Garuda Muda dapat mengganyang Harimau Muda untuk mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas bola sepak mereka.




Player2 Malaysia meraikan pingat emas


Ternyata, segala provokasi yang dilancar penyokong2 Indonesia terhadap Malaysia akhirnya memakan diri. Keputusan pengadil yang kadang-kala agak berat sebelah juga tidak melunturkan semangat player2 Malaysia. Player2 Malaysia sebaliknya lebih bersemangat untuk mengharungi 'neraka' yang dicipta tuan rumah. Akhirnya, Harimau Malaya 'mengaum' di bumi Garuda.



p/s: sebahagian besar player2 dlm team nie still blh main next sea games, hope kita dpt kekalkan emas lagi. Malaysia Boleh !

No comments:

Post a Comment