Barisan 'Ibu Emas' Sukan Sea 2009
Barisan Juara AFF Suzuki Cup 2010
Dibarisi campuran pemain B-23 dan senior. Harimau Malaya terus mengaum pada tahun berikutnya dibawah bimbingan Datuk K.Rajagobal. Kini giliran pasukan senior negara pula mencipta nama. Beraksi untuk kali kedua pada final AFF Suzuki Cup yang dulunya dikenali sebagai Tiger Cup telah digunakan sebaik mungkin pasukan negara. Menentang musuh serumpun, Indonesia menjadikan perlawanan akhir tersebut penuh dramatik, emosi dan sentimen. Pasukan negara pada mulanya dimalukan dihadapan 90 ribu penyokong fanatik Indonesia setelah kalah 1-6 kepada Indonesia pada aksi kumpulan.
Kemudian pasukan negara bangkit sehingga mara ke final untuk sekali lagi bertemu Indonesia. Peluang terbaik untuk Harimau Malaya membalas dendam. Final yang dilangsungkan secara timbal balik memberi peluang Harimau Malaya beraksi di kandang sendiri. Dibantu sorakan 90 ribu penyokong setia, hasilnya kita berjaya membaham Garuda 3-0. Walaupun aksi kedua kita tewas 1-2, namun secara agregat kita berjaya muncul juara dengan kemenangan 4-2.

Barisan 'Ibu Emas' Sukan Sea 2011
Tahun 2011 merupakan kenangan paling manis buat peminat bola sepak tanah air. Pasukan B-23 negara berjaya mengutip pingat emas walaupun dalam keadaan yang tidak tenteram di bumi Jakarta. Pelbagai rintangan dihadapi pasukan bola sepak negara sebelum pertandingan bermula sehinggalah kita pingat dikalungkan ke leher. Baddrol Bakhtiar kali ini diangkat sebagai kapten. Pemain2 lain dari 'pasukan emas' 2009 adalah Muslim Ahmad, Asraruddin, Mahali Jasuli, K.Gurusamy dan Fakri Saarani.
Provokasi, ejekan, dan cacian dari pihak tuan rumah adalah 'makanan' bagi seluruh kontinjen negara pada temasya Sukan Sea kali ini. Jadi, menewaskan Indonesia di final merupakan seribu kepuasan kepada kita. 182 pingat emas Indonesia tidak sama dengan sebutir pingat emas dalam acara bola sepak. Kerana itulah ia digelar ibu segala pingat atau 'Ibu Emas'.
Begitulah rentetan kebangkitan Harimau Malaya sehinggalah kita berjaya mempertahankan 'Ibu Emas' pada temasya Sukan Sea Jakarta-Palembang, Indonesia. Dua tahun berturut-turut kita menentang Indonesia di final. Dua kali berturut-turut juga kita muncul juara di Gelora Bung Karno.
No comments:
Post a Comment