Monday, November 28, 2011

6 Minit Jahanam

percubaan Nazmi Faiz yang menghasilkan gol pertama negara


Speechless

senyum tak perlu kata apa2...


Adess..cmne tinggal lagi 6 minit kita boleh kalah beb?

Aku pun tak tau lah nak cakap apa..Kang salah cakap ada pulak orang label aku peminat lalang.

Bila menang sorak, bila kalah kutuk.

Tapi aku bukan nak kutuk beb. Cuma aku terkilan giler lah. Kita dah leading 2-0 kot.
Bahrain just main dengan 10 player je bro. Then masa pun dah nak abes. Fans semua dah get ready nak melompat2. Tak pasal2 terbantut pulak hajat tu.

Apa yang aku nampak lepas Nazmi Faiz keluar je, midfield terus out. Irfan Fazail yang injured langsung dah tak dapat control midfield. Nak buat camne, dah tak boleh nak ganti. Main jela kan. Thats why Bahrain dapat control midfield and serang Malaysia dengan hanya 6 minit terakhir untuk tambahan 2 gol.

Defender pulak agak tergamam dengan serangan pantas Bahrain untuk gol ketiga yang hanya selang seminit selepas gol kedua mereka.

Takpelah, benda dah jadi sejarah, bak kata pepatah melayu pulak 'nasi dah jadi bubur'. Tapi kita kena ingat, sejarah bukan untuk dilupakan, tapi untuk dijadikan pengajaran. Bubur pulak bukan untuk dibuang, tapi masih boleh dimakan.

So, para pemain perlu jadikan kekalahan semalam sebagai iktibar dan belajar ilmu baru untuk perbaiki permainan. Ong Kim Swee pulak kena pikir lagi untuk buat taktik atau strategi yang lebih baik. So, make sure kita menang 3 match berikutnya. Goodluck Harimau Muda !


Match terdahulu:

Japan 2-0 MALAYSIA

MALAYSIA 0-2 Syria

MALAYSIA 2-3 Bahrain


Kedudukan Group C:

Japan 9 point

Syria 6 point

Bahrain 3 point

MALAYSIA 0 point


p/s: gol Nazmi Faiz memang world class, budak 17 tahun ni memang ada peluang cerah. Gudluck bro.

No comments:

Post a Comment