Friday, October 28, 2011

Marzuki atau Shukor ?


Malam esok adalah malam penentuan bagi siapakah yang bakal menjulang trofi Piala Malaysia bagi tahun 2011. Sama ada Marzuki Yusof ataupun Shukor Adan. Pencapaian Marzuki Yusof didalam kancah Piala Malaysia agak kurang baik berbanding Shukor Adan. Ini kerana kali terakhir Marzuki memenangi Piala Malaysia adalah 10 tahun yang lalu. Manakala Shukor Adan pula telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 2 kali. Pertama pada tahun 2005 bersama Selangor dan kedua pada tahun 2009 bersama Negeri Sembilan. Namun, pengaruh, pengalaman dan kehebatan kedua-dua pemain ini boleh dikatakan setaraf. Malah mempunyai kelebihan di posisi masing-masing.

Jika dilihat laluan dari q.final sehingga ke final, Terengganu boleh dianggap sebagai pasukan pilihan. Kemampuan mereka telah terbukti apabila menyingkirkan juara bertahan, Kelantan dan kemaraan gemilang mereka diteruskan apabila menamatkan pula ‘Misi 33’ Selangor. Namun begitu, aksi final kali ketiga berturut-turut buat Negeri Sembilan menunjukkan mereka begitu arif dalam selok-belok Piala Malaysia. Itulah hakikat yang harus diterima oleh Terengganu.


p/s: confirm mesti sengit final nih, tapi pada aku gandingan Ashaari, Manaf dan Hadi Yahya mmg paling marvelous ..

Friday, October 21, 2011

Kita Mampu Melakukannya


Siapa sangka...

Suatu ketika dulu kita mampu menewaskan Korea Selatan. Kita mampu beraksi di Olimpik. Liga kita berada di kelas yang membanggakan. Kita mempunyai cukup ramai pemain yang hebat. Tapi kini liga kita jauh terkebelakang. Usah dibandingkan liga kita dengan Liga J(Japan) dan Liga K(Korea). Bandingkan dahulu liga kita dengan liga jiran tetangga kita. Liga Super Indonesia, Liga Thailand dan Liga Singapore sudah jauh meninggalkan kita. Pasukan dari liga mereka layak beraksi didalam Liga Juara-Juara Asia. Manakala liga kita hanya layak beraksi didalam Piala AFC. Itupun pasukan dari liga kita tidak mampu untuk menyertainya sehingga ada yang menarik diri.

Apa kurangnya negara kita??

Jika dilihat dari segi kekayaan negara, kita adalah negara yang kaya. Jika kita mampu menganjurkan pelbagai kejohanan, kenapa kita masih tidak mampu membangunkan bola sepak kita? Dari sudut penganjuran kita memang jaguh. Tapi dari sudut pembangunan liga jelas kelihatan kita masih ditakuk yang lama. Dana yang diperuntukkan untuk bola sepak seringkali boleh dikatakan lumayan. Tapi kita masih tak nampak perubahan yang drastik.

Apa yang perlu kita buat??

Ini adalah pandangan peribadi, jika kita serius mahukan liga kita setaraf dengan Japan, Korea dan Australia, kita PERLU:

1. Padang hendaklah berada dalam kualiti yang maksimum.
2. Stadium hendaklah diselenggarakan dengan baik.
3. Mempromosikan Liga M dengan lebih meluas.
4. Dapatkan tajaan dari pelbagai pihak.
5. Laman web FAM, Liga M dan setiap pasukan hendaklah diupdate.
6. TV kerajaan hendaklah menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga M pada setiap hujung minggu.
7. Harga tiket perlu berpatutan. RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak.
8. Pemain import dibenarkan ada dalam 6 orang bagi setiap pasukan dan 6 orang itu boleh beraksi dalam satu masa. Pemain import penting untuk tujuan promosi dan pasukan juga dapat berikan saingan yang lebih kompetitif dalam Piala AFC.
9. Setiap pasukan perlu berdikari untuk mencari penaja tanpa hanya mengharapkan dana dari FAM.


p/s: Ini adalah sedikit dari pandangan peribadi aku, klau blh aku nk tauke2 buncit baca benda nie, sbb sampai skg aku masih pelik kenapa tauke2 FAM blh hidup kaya raya tapi liga kita masih x kemana.


Thursday, October 20, 2011

Kumpulan Maut KAMI TAK HERAN


Kejohanan Sukan Sea merupakan sukan dwi tahunan yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara. Seperti biasa acara bola sepak adalah acara yang paling mendapat perhatian. Apa yang lebih menariknya ialah pada kali ini pasukan Malaysia diletakkan didalam Group A yang turut disertai pasukan tuan rumah atau lebih mudah musuh tradisi Indonesia, gergasi Asean Thailand, dan musuh tetangga Singapore. Namun begitu, jika dilihat dari prestasi semasa skuad Ong Kim Swee, kita sebenarnya adalah pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas buat kali ketiga. Kejayaan mara ke peringkat akhir kelayakan Olimpik 2012 dan prestasi cemerlang di Slovakia adalah bukti kekuatan kita. Tidak keterlaluan jika ingin mengatakan kita sebenarnya pasukan yang patut digeruni dan harus diberi perhatian oleh pasukan-pasukan lain. Nama-nama seperti Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam, Irfan Fazail dan Baddrol Bakhtiar dijangka dapat merencanakan serangan yang berbisa. Kubu pertahanan yang dibarisi Muslim Ahmad, Fadhli Shas, dan Mahali Jasuli juga dilihat mampu untuk mengekang asakan lawan. Apatah lagi gandingan Muslim dan Fadhli telah berjaya membawa Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF pada tahun lepas. Posisi penjaga gol pula sudah pasti akan diisi oleh penjaga gol sensasi negara Khairul Fahmi Che Mat.

Jadual Perlawanan:

Malaysia vs Singapore 9 Nov
Malaysia vs Thailand 10 Nov
Malaysia vs Kemboja 15 Nov
Malaysia vs Indonesia 19 Nov


p/s: jangan pandang mudah cabaran dari Kemboja. Indonesia, Thailand, Singapore bisa aja kita tewaskan. Malaysia Boleh ! Dum Dum Ceng !

Tuesday, October 18, 2011

Gelora Merah Kuning


Malam ini merupakan malam yang dinanti-nantikan aku, member2 aku dan semua penyokong The Red Giant. Malam yang menjadi penentu hala tuju Misi 33 yang menjadi perangsang pasukan Selangor untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 bagi edisi tahun ini. Lawan yang hadir bukanlah cap ayam mahupun cap sayur. Lawan yang akan dihadapi Selangor pada pertemuan genting malam ini adalah 'Jaguh Pantai Timur' status baru yang dilabel untuk pasukan Terengganu setelah hasil daripada kejayaan mereka menumbangkan 'The Red Warrior' jolokan yang diberikan untuk pasukan Kelantan pada peringkat suku akhir. Malah kejayaan menjulang Piala FA dan muncul Naib Juara Liga Super pada tahun ini cukup membuktikan bahawa pasukan Terengganu adalah pasukan yang begitu konsisten pada tahun ini. Namun begitu, Sang Penyu harus beringat, laut x selalunya indah. Kerana malam ini lautan Merah Kuning pasti bergelora. Puluhan ribu penyokong fanatik Selangor sudah pasti akan memberi tekanan psikologi yang begitu hebat kepada mereka demi memastikan sang Penyu terkapai-kapai dan kemenangan akan menjadi milik Selangor.

Saturday, September 3, 2011

Janji Melayu

kenapa ada pepatah 'Janji Melayu' ?
kenapa x ada pepatah Janji Pakistan ? Janji Bangla ?

Jawapannya mudah..kerana masyarakat melayu memang biasa dengan tidak menepati masa/lupa janji..mungkin anda semua menganggap ini adalah perkara remeh..namun hakikatnya tidak menepati masa adalah suatu perkara yang sangat merugikan..ini kerana kepercayaan dan rasa hormat terhadap kita akan berkurang jika kita tidak menepati masa..manakala jika membabitkan urusan perniagaan, maka sudah pasti kerugian yang akan diperolehi..masyarakat melayu perlu mengubah sikap mereka jika ingin bersaing dengan kaum lain..

Friday, September 2, 2011

Wenger sedar akhirnya...terharu aku...

Malam 4 Ogos 2011 adalah malam jahanam bagi pasukan Arsenal khususnya buat manager kesayangan Arsene Wenger. Selaku fans tetap Arsenal sejak umur 8 tahun, sememangnya aku amat sakit jiwa malam tu. Mana taknya team intan payung aku tu dibelasah 8-2 oleh Man U. Paling perit kena belasah dengan Man U beb. Mau ranap jiwa ni. Mata sebenarnya dah tak nak tengok game tu tp dikuatkan jugak. Maklum lah dah penat2 datang rumah Mak Long aku tu semata-mata nak tgk game tu.Nak tak nak menghadap jugak laa walaupun perit hati ni. Malam tu juga aku bergegas kemas barang2 dalam locker room aku tu. Nak berambus dari London dan berpindah ke Manchester City. Hati ni dah nekad nak ikut jejak langkah Nasri,Clichy,Toure dan Adebayor. Tp aku sabar lagi. Aku slow talk dengan Wenger..Aku bagi dia peluang..Beli star player atau aku berambus? Dengar je warning dari aku terus malam tu jugak dia bergegas membeli-belah. Tak senang duduk dia..akhirnya 5 player baru dia bawa masuk untuk menjadikan keseluruhan player yang baru dibeli adalah seramai 9 orang..sejarah beb..tak pernah Wenger shopping mcm ni rupa..Player2 yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

Park Chu Young from AS Monaco









Andre Santos form Fenebache












Mertesacker from Werder Bremen









Benayoun from Chelsea(loan)






Arteta from Everton








4 player terdahulu yang Wenger beli adalah Gervinho, Campbell, Jenkinson dan Chamberlain..

Saturday, August 27, 2011

Jose Mourinho mahu khidmat Halim Napi



Setelah 3 trio player olimpik negara dipinjam oleh Club Vion iaitu kelab yang bermain di Liga Corgon Slovakia, timbul pula berita kapten skuad kebangsaan kita Safiq Rahim ditawarkan oleh Cardiff City untuk diuji prestasinya. Jika prestasinya berjaya memikat pasukan itu. Maka Safiq Rahim bakal mencipta sejarah bermain di liga divisyen 2 England. Pencetus kepada penghijrahan pemain Malaysia ke liga luar negara sebenarnya dimulakan oleh Safee Sali yang bermain untuk Pelita Jaya di Liga Super Indonesia. Kini timbul pula cerita yang lebih sensasi iaitu Halim Napi bakal dipancing khidmatnya oleh pasukan gergasi Liga Sepanyol iaitu Real Madrid. Jose Mourinho yang berang dengan kekalahan demi kekalahan pasukannya kepada Barcelona mahukan Halim Napi memberi khidmat sebagai jurulatih penjaga gol. Jika benar, maka Halim Napi bakal melatih Iker Casillas. Mungkin selepas ini kita dapat lihat aksi Iker Casillas yang lebih bertenaga dan superb!!

Halim Napi merupakan penjaga gol ketiga pasukan Kelantan dan pemain paling senior dlm liga Malaysia.

p/s: berita nie jgn percaya sgt ..tp kita boleh amek berita nie utk menaikkan semangat player2 kita ..