Friday, October 21, 2011

Kita Mampu Melakukannya


Siapa sangka...

Suatu ketika dulu kita mampu menewaskan Korea Selatan. Kita mampu beraksi di Olimpik. Liga kita berada di kelas yang membanggakan. Kita mempunyai cukup ramai pemain yang hebat. Tapi kini liga kita jauh terkebelakang. Usah dibandingkan liga kita dengan Liga J(Japan) dan Liga K(Korea). Bandingkan dahulu liga kita dengan liga jiran tetangga kita. Liga Super Indonesia, Liga Thailand dan Liga Singapore sudah jauh meninggalkan kita. Pasukan dari liga mereka layak beraksi didalam Liga Juara-Juara Asia. Manakala liga kita hanya layak beraksi didalam Piala AFC. Itupun pasukan dari liga kita tidak mampu untuk menyertainya sehingga ada yang menarik diri.

Apa kurangnya negara kita??

Jika dilihat dari segi kekayaan negara, kita adalah negara yang kaya. Jika kita mampu menganjurkan pelbagai kejohanan, kenapa kita masih tidak mampu membangunkan bola sepak kita? Dari sudut penganjuran kita memang jaguh. Tapi dari sudut pembangunan liga jelas kelihatan kita masih ditakuk yang lama. Dana yang diperuntukkan untuk bola sepak seringkali boleh dikatakan lumayan. Tapi kita masih tak nampak perubahan yang drastik.

Apa yang perlu kita buat??

Ini adalah pandangan peribadi, jika kita serius mahukan liga kita setaraf dengan Japan, Korea dan Australia, kita PERLU:

1. Padang hendaklah berada dalam kualiti yang maksimum.
2. Stadium hendaklah diselenggarakan dengan baik.
3. Mempromosikan Liga M dengan lebih meluas.
4. Dapatkan tajaan dari pelbagai pihak.
5. Laman web FAM, Liga M dan setiap pasukan hendaklah diupdate.
6. TV kerajaan hendaklah menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga M pada setiap hujung minggu.
7. Harga tiket perlu berpatutan. RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak.
8. Pemain import dibenarkan ada dalam 6 orang bagi setiap pasukan dan 6 orang itu boleh beraksi dalam satu masa. Pemain import penting untuk tujuan promosi dan pasukan juga dapat berikan saingan yang lebih kompetitif dalam Piala AFC.
9. Setiap pasukan perlu berdikari untuk mencari penaja tanpa hanya mengharapkan dana dari FAM.


p/s: Ini adalah sedikit dari pandangan peribadi aku, klau blh aku nk tauke2 buncit baca benda nie, sbb sampai skg aku masih pelik kenapa tauke2 FAM blh hidup kaya raya tapi liga kita masih x kemana.


1 comment:

  1. aku skong ngn beberapa cadangan dlm nie. terutamanya ttg kualiti pdg.. kualiti pdg kite mmg truk.. kualiti pdg yg truk akn mnjejaskan lualiti permainan juga. satu lg cdangan yg aku amat setuju ialah ttg penyiaran tv... spatutnya ditambah lagi siaran yg menyiarkan ttg bola sepak tempatan supaya semua game dapat disiarkan secara live

    ReplyDelete