Friday, October 28, 2011

Marzuki atau Shukor ?


Malam esok adalah malam penentuan bagi siapakah yang bakal menjulang trofi Piala Malaysia bagi tahun 2011. Sama ada Marzuki Yusof ataupun Shukor Adan. Pencapaian Marzuki Yusof didalam kancah Piala Malaysia agak kurang baik berbanding Shukor Adan. Ini kerana kali terakhir Marzuki memenangi Piala Malaysia adalah 10 tahun yang lalu. Manakala Shukor Adan pula telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 2 kali. Pertama pada tahun 2005 bersama Selangor dan kedua pada tahun 2009 bersama Negeri Sembilan. Namun, pengaruh, pengalaman dan kehebatan kedua-dua pemain ini boleh dikatakan setaraf. Malah mempunyai kelebihan di posisi masing-masing.

Jika dilihat laluan dari q.final sehingga ke final, Terengganu boleh dianggap sebagai pasukan pilihan. Kemampuan mereka telah terbukti apabila menyingkirkan juara bertahan, Kelantan dan kemaraan gemilang mereka diteruskan apabila menamatkan pula ‘Misi 33’ Selangor. Namun begitu, aksi final kali ketiga berturut-turut buat Negeri Sembilan menunjukkan mereka begitu arif dalam selok-belok Piala Malaysia. Itulah hakikat yang harus diterima oleh Terengganu.


p/s: confirm mesti sengit final nih, tapi pada aku gandingan Ashaari, Manaf dan Hadi Yahya mmg paling marvelous ..

No comments:

Post a Comment