Thursday, October 20, 2011

Kumpulan Maut KAMI TAK HERAN


Kejohanan Sukan Sea merupakan sukan dwi tahunan yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara. Seperti biasa acara bola sepak adalah acara yang paling mendapat perhatian. Apa yang lebih menariknya ialah pada kali ini pasukan Malaysia diletakkan didalam Group A yang turut disertai pasukan tuan rumah atau lebih mudah musuh tradisi Indonesia, gergasi Asean Thailand, dan musuh tetangga Singapore. Namun begitu, jika dilihat dari prestasi semasa skuad Ong Kim Swee, kita sebenarnya adalah pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas buat kali ketiga. Kejayaan mara ke peringkat akhir kelayakan Olimpik 2012 dan prestasi cemerlang di Slovakia adalah bukti kekuatan kita. Tidak keterlaluan jika ingin mengatakan kita sebenarnya pasukan yang patut digeruni dan harus diberi perhatian oleh pasukan-pasukan lain. Nama-nama seperti Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam, Irfan Fazail dan Baddrol Bakhtiar dijangka dapat merencanakan serangan yang berbisa. Kubu pertahanan yang dibarisi Muslim Ahmad, Fadhli Shas, dan Mahali Jasuli juga dilihat mampu untuk mengekang asakan lawan. Apatah lagi gandingan Muslim dan Fadhli telah berjaya membawa Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF pada tahun lepas. Posisi penjaga gol pula sudah pasti akan diisi oleh penjaga gol sensasi negara Khairul Fahmi Che Mat.

Jadual Perlawanan:

Malaysia vs Singapore 9 Nov
Malaysia vs Thailand 10 Nov
Malaysia vs Kemboja 15 Nov
Malaysia vs Indonesia 19 Nov


p/s: jangan pandang mudah cabaran dari Kemboja. Indonesia, Thailand, Singapore bisa aja kita tewaskan. Malaysia Boleh ! Dum Dum Ceng !

No comments:

Post a Comment