Tuesday, October 18, 2011

Gelora Merah Kuning


Malam ini merupakan malam yang dinanti-nantikan aku, member2 aku dan semua penyokong The Red Giant. Malam yang menjadi penentu hala tuju Misi 33 yang menjadi perangsang pasukan Selangor untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 bagi edisi tahun ini. Lawan yang hadir bukanlah cap ayam mahupun cap sayur. Lawan yang akan dihadapi Selangor pada pertemuan genting malam ini adalah 'Jaguh Pantai Timur' status baru yang dilabel untuk pasukan Terengganu setelah hasil daripada kejayaan mereka menumbangkan 'The Red Warrior' jolokan yang diberikan untuk pasukan Kelantan pada peringkat suku akhir. Malah kejayaan menjulang Piala FA dan muncul Naib Juara Liga Super pada tahun ini cukup membuktikan bahawa pasukan Terengganu adalah pasukan yang begitu konsisten pada tahun ini. Namun begitu, Sang Penyu harus beringat, laut x selalunya indah. Kerana malam ini lautan Merah Kuning pasti bergelora. Puluhan ribu penyokong fanatik Selangor sudah pasti akan memberi tekanan psikologi yang begitu hebat kepada mereka demi memastikan sang Penyu terkapai-kapai dan kemenangan akan menjadi milik Selangor.

1 comment:

  1. jangan sampai mcm separuh akhir piala FA yg lepas suda... penyokong pasukan pelawat melebihi penyokong tuan rumah.. x nak ckp la team mne tu... gua ykin lautan hitam putih juga akn membanjiri stadium shah alam nanti... just wait n see.. :)

    ReplyDelete