Saturday, August 27, 2011

Jose Mourinho mahu khidmat Halim Napi



Setelah 3 trio player olimpik negara dipinjam oleh Club Vion iaitu kelab yang bermain di Liga Corgon Slovakia, timbul pula berita kapten skuad kebangsaan kita Safiq Rahim ditawarkan oleh Cardiff City untuk diuji prestasinya. Jika prestasinya berjaya memikat pasukan itu. Maka Safiq Rahim bakal mencipta sejarah bermain di liga divisyen 2 England. Pencetus kepada penghijrahan pemain Malaysia ke liga luar negara sebenarnya dimulakan oleh Safee Sali yang bermain untuk Pelita Jaya di Liga Super Indonesia. Kini timbul pula cerita yang lebih sensasi iaitu Halim Napi bakal dipancing khidmatnya oleh pasukan gergasi Liga Sepanyol iaitu Real Madrid. Jose Mourinho yang berang dengan kekalahan demi kekalahan pasukannya kepada Barcelona mahukan Halim Napi memberi khidmat sebagai jurulatih penjaga gol. Jika benar, maka Halim Napi bakal melatih Iker Casillas. Mungkin selepas ini kita dapat lihat aksi Iker Casillas yang lebih bertenaga dan superb!!

Halim Napi merupakan penjaga gol ketiga pasukan Kelantan dan pemain paling senior dlm liga Malaysia.

p/s: berita nie jgn percaya sgt ..tp kita boleh amek berita nie utk menaikkan semangat player2 kita ..

Saturday, July 9, 2011

Player import kembali ke Liga M

Kali terakhir liga kita diserikan dengan kehadiran player import ialah pada tahun 2008. Sebelum itu saingan liga kita cukup meriah dengan nama2 seperti Bambang, Elie aiboy, Brian Fuentes, Marlon Alex James dan ramai lagi. Namun hakikatnya ketika itu pasukan kebangsaan kita cukup mengecewakan di peringkat antarabangsa. Di peringkat Asia Tenggara pasukan kebangsaan kita tidak pernah melepasi peringkat separuh akhir baik dalam saingan Sukan Sea mahupun Tiger Cup yang ketika ini dikenali sebagai Suzuki Cup. Malah pasukan kita sering kali menjadi pasukan belasahan apabila bertemu dengan pasukan2 dari luar Asia Tenggara. Selepas ketiadaan player import nampaknya ada hasil kepada pasukan kebangsaan kita. Tahun 2009 kita meraih pingat emas Sukan Sea, 2010 kita muncul Juara Suzuki Cup dan ketika ini pasukan kebangsaan kita sudah melayakkan diri ke Round 2 kelayakan World Cup 2014 manakala pasukan olimpik pula akan meneruskan cabaran di Round 3 iatu fasa terakhir kelayakan Olympic 2012. Tetapi pada tahun hadapan liga kita akan kembali menerima player import dan kemungkinan kuotanya seramai 3 orang. Pada aku ada positifnya kehadiran mereka.


kesan positif dari pandangan aku :

  • dapat memberi saingan pada Piala AFC
  • saingan liga akan menjadi lebih menarik
  • menguji striker tempatan dalam perebutan kasut emas dan pasti akan menjadi lebih sengit.
  • menguji tahap kehebatan player tempatan bersaing ketika perlawanan dan untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
  • dapat membiasakan player tempatan beraksi dengan player luar.
  • dapat mempromosikan liga kita kepada negara luar.

ulasan aku : kalau FAM benarkan kuota player import seramai 5 orang pn best jgak. Mesti meriah ek.

Hala tuju PKNS dan Sarawak


PKNS Selangor telah ditabalkan sebagai juara Liga Perdana 2011 tatkala saingan liga masih berbaki 3 perlawanan tak silap aku. Malah rekod tanpa kalah hanya lebur pada 2 perlawanan terakhir. Begitulah hebatnya perfomance pasukan ini sejak awal musim. Jadi pasukan PKNS hanya tewas sekali, seri 3 kali dan menang 18 kali. Barisan serangan pula sememangnya cukup berbisa apabila berjaya menghasilkan 57 gol. Kecekapan penjaga gol sambil diperkukuhkan dengan kekentalan barisan pertahan menjadikan mereka hanya dibolosi dengan 7 gol. Naib juara menjadi milik pasukan Sarawak setelah mengumpul 48 mata.

Namun persoalannya kini adakah PKNS dan Sarawak akan dinaikkan ke Liga Super?

Baru2 ini FAM telah merombak format baru dengan menetapkan pasukan Juara Liga Perdana dan naib Juara Liga Perdana akan melalui perlawanan Play-off menentang 2 pasukan terbawah Liga Super iaitu Perlis dan Pahang untuk layak ke Liga Super.

Inilah satu daripada tindakan FAM yang nampaknya sangatlah tidak profesional apabila sesuka hati merombak format setelah perjalanan liga ketika itu hampir berakhir. Diharapkan FAM memandang usaha dan penat lelah PKNS dan Sarawak. Janganlah membuat keputusan hanya untuk kepuasan hati sendiri.


ulasan aku : dh banyak kali FAM buat perangai mcm tu, kalau mcm nie lah gayanya mmg takkan maju ler liga kita..

Gambaran stadium baru Kelantan

Cita-cita pasukan Kelantan untuk membina stadium baru telah mula kedengaran sejak awal season ini. Tapi kita tak pernah pula ditunjukkan rekabentuk stadium yang bakal dibina itu. Namun Presiden KAFA (Kelantan FA) ada memberitahu yang stadium tersebut mungkin akan mengambil rupabentuk Stadium Cardiff City sebagai contoh untuk stadium pasukan Kelantan. Ini kerana hubungan baik antara kedua pasukan itu akan membantu pasukan Kelantan untuk membina stadium yang mempunyai standard antarabangsa. Tapi aku tak pastilah pula adakah stadium ini dibawah plan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan di Merbau, Pasir Puteh. So, kat bawah ni adalah rupabentuk Stadium Cardiff City.



stadium semasa :
Stadium Sultan Mohammad ke-4 Kota Bharu
kapasiti 35 000


ulasan aku : kalau mcm nie lah rupanya stadium baru tu nanti, pehhh mmg cun lah..apa2 pn kita tunggu dan lihat..

Friday, July 8, 2011

Sedikit info team lawan Olimpik Malaysia

Pasukan Japan ini merupakan pasukan juara Sukan Asia 2010. Time Sukan Asia hari tu Japan hanya menghantar pasukan U-21 mereka. Malah mereka telah muncul sebagai juara tatkala negara lain menghantar pasukan U-23. Ternyata pasukan Japan memang hebat. Namun kekuatan yang ada pada geng Harimau Muda ini diharapkan mampu menewaskan pasukan juara Sukan Asia ini.

Bagi pasukan Bahrain pula kemungkinan kekuatan mereka lebih kurang pasukan Lubnan. Memandangkan mereka tewas 0-1 kepada Palestine pada round 2 sebelum bangkit 2-1 jadi kita percaya pasukan kita mampu mengatasi mereka.

Kemenangan besar Syria ke atas Turkmenistan dengan agregat 6-2 agak menggerunkan. Ternyata barisan serangan mereka sangat bagus dan kita percaya mereka akan menjadi lawan yang sengit.


ROUND 2 Olympic Qualification


Japan 3-1 Kuwait
Kuwait 2-1 Japan
Japan won agg. 4-3

Bahrain 0-1 Palestine
Palestine 1-2 Bahrain
Bahrain won away goal

Syria 2-2 Turkmenistan
Turkmenistan 0-4 Syria
Syria won agg. 6-2


ulasan aku : tak mustahil kita mampu muncul juara kumpulan untuk layak ke London.

Round 3 lebih membara

Group C Olympic London 2012 Asian Qualifiers

Semalam, 7 July 2011 adalah tarikh undian untuk membahagikan 12 pasukan terbaik asia kepada 3 group. Setelah sekian lama AFC House di KL tu asyik wakil team luar je yang datang untuk majlis undian maka semalam giliran wakil kita plak ada untuk join sekali. Barulah betul AFC House kat KL team kita ada sekali. Barulah bangga ye tak. Team kita diundi satu group dengan Syria, Bahrain dan Gergasi Asia iaitu Japan (Blue Samurai). Group A dihuni oleh South Korea, Qatar, Saudi Arabia dan Oman. Manakala Group B dihuni oleh Australia, Iraq, Uzbekistan dan UAE.

Round 1 : Malaysia 2-0 Pakistan
Pakistan 0-0 Malaysia
Round 2 : Lubnan 0-0 Malaysia
Malaysia 2-1 Lubnan


ulasan aku : Mana2 team pn lawan kita, kita langsung x cuak malah akan berjuang habis-habisan!

Hanya 500 keping tiket untuk Malaysia

Stadium Jalan Besar, Singapore

Pihak FAS (Football Association of Singapore) hanya memperuntukkan 8% kapasiti seat daripada 6000 seat di stadium mereka kepada fans Malaysia. Ini bermakna hanya 500 keping tiket sahajalah untuk fans kita. Stadium tersebut hanya mampu menampung 6000 penonton. 250 keping akan dibagi kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) manakala lagi 250 keping kepada SSFC (Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor). Jadi usaha kita membuat 'lautan kuning' di Singapore nampaknya tak kesampaian. Diharapkan jumlah yang kecil itu cukup untuk membakar semangat player2 kita.


ulasan aku : apa salahnya kalau bg 1000, 500 tu sikit sgt lah der. xpe kt Bkt Jalil nnt kita akan makesure player2 dorang kecut perut tgk fans kita yg berpuluh ribu tu nnt ..