Wednesday, November 9, 2011

BERSEKUTU MENDESAK PERUBAHAN





Anda semua dijemput hadir ke Forum yang membawa tajuk 'Bersekutu Mendesak Perubahan'. Forum tersebut terdiri daripada 3 panel iaitu Prof. Aziz Bari, Prof. Abu Hassan, dan Prof. Zainal Abidin. Moderator bagi forum tersebut adalah Chegu' Bard.

Maksud di sebalik tajuk 'Bersekutu Mendesak Perubahan' adalah mengajak golongan muda, mahasiswa, dan rakyat Malaysia secara Am-nya bagi mengubah kepincangan yang berlaku didalam negara kita ke arah keadaan yang lebih baik.

Isi yang akan dibincangkan nanti antaranya adalah Kebebasan Akedemik, Ketirisan Ekonomi, dan Sejarah negara.


Tarikh: 3 Disember (Sabtu)
Tempat: Dewan Kediaman Rasmi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam
Masa: 9.00 P.M.

GAJAH SIAM TUMBANG


Perlawanan kedua Group A berjaya diharungi skuad Ong Kim Swee dengan baik apabila mereka menewaskan Thailand 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta merupakan perlawanan yang kita boleh anggap sebagai hidup mati pasukan u-23 negara. Ini pasukan negara hanya mampu seri 0-0 pada perlawanan pertama ketika menentang Singapore.

Perlawanan tersebut jelas menunjukkan watak sebenar player2 negara. Asakan bertali arus yang dilancarkan menerusi barisan tengah yang diterajui gandingan Baddrol dan Irfan Fazail sambil dibantu Wan Zaharulnizam dan Fandi Othman tampak menghiburkan. Cuma kekurangan jiwa pemusnah Syahrul Azwari yang menyukarkan skuad negara untuk menghasilkan gol.

Walaubagaimanpun Baddrol akhirnya berjaya menembusi gawang Thailand pada minit ke 24' untuk meletakkan skuad negara mendahului 1-0 pada 1st half. Perlawanan kembali sengit pada babak kedua dengan kedua2 pasukan saling berbalas serangan sehinggalah Thailand berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 76'. Kemasukan Izzaq Faris akhirnya berjaya membawa kemenangan kepada skuad negara apabila menjaringkan gol pada minit ke 85'.


p/s: lepas nie kalahkan Kemboja dengan jaringan besar, lepas tu kita boleh pikir macam mana nak senyapkan penyokong2 Indonesia !

Tuesday, November 8, 2011

AKSI LEMAU player kita


APA YANG KITA HARAPKAN
APA YANG KITA JANGKAKAN
SEMUANYA JAUH MELESET

Pasukan yang menjadi sandaran untuk mempertahankan pingat emas ini bukan sedikit pelaburannya. Berlatih di Slovakia selama dua musim. Malah 3 player kita bermain untuk club liga Slovakia. Para pemain juga telah didedahkan dengan perlawanan2 frenly antarabangsa. Selain itu, sebelum bermula Sukan Sea pasukan kita sempat menimba pengalaman apabila menyertai pertandingan jemputan di Vietnam.

Tidak keterlaluan jika kita meletakkan harapan yang tinggi ke atas pasukan ini untuk mempertahan pingat emas. Namun, kita disajikan dengan aksi yang cukup hambar daripada para player negara ketika menentang Singapore pada perlawanan pembukaan petang semalam. Perlawanan yang sepatutnya bukan menjadi masalah untuk kita mencatat kemenangan. Kegagalan barisan serangan menghidu peluang dan kebuntuan barisan tengah mencipta gerakan akhirnya membuatkan kita berputih mata apabila perlawanan berkesudahan seri 0-0.

p/s: Perlawanan tersebut ibarat SARKIS. ANAK SINGA jadi teman bermain ANAK HARIMAU yang diadili oleh ref CACAT MENTAL sambil disaksikan penyokong2 BERUK.

Thursday, November 3, 2011

Tolong ajak Karpal Singh sekali sertai roadshow



Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) telah merancang untuk mengadakan road show bagi membuat penjelasan mengenai hudud ke seluruh negara.

Korang faham tak apa tu hukum hudud?

Maksud hukum hudud ialah hukum-hukum tertentu yang ditentukan oleh Allah SWT sama ada melalui Al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan yang tertentu yang digolongkan didalam jenayah Hudud.

Tujuh jenis seperti yang diterangkan didalam Al-Quran ialah:

1. Zina
2. Tuduhan zina (Qazaf) tanpa 4 orang saksi
3. Minum arak
4. Mencuri
5. Hirabah (Perusuh/Ganggu keamanan)
6. Murtad
7. Baghy ( Bughah - Pemberontakan)

Apa yang aku nak tegur kat PAS, korang jangan nak hentam Chua Soi Lek je. Aku tengok Karpal Singh terang-terang hentam Hudud. Apasal PAS tak buat tajuk 'Soi Lek dan Karpal boleh sertai road show hudud' ?. Tolong jangan bias. Tarbiah DAP tu dulu yang terang2 dalam Pakatan.


p/s: Sebagai umat Islam kita wajib terima hudud. Hudud bukan undang2 PAS, tapi undang2 Allah SWT.

Haji Najib, Hajjah Rosmah


Apalah korang nih
gambar ni pun nak jadi isu ke?
kah kah kah

Ni mesti dah abes isu nih
mesti korang jeles kn?
kah kah kah

Korang kena faham
dorang ni orang penting negara
kah kah kah

Korang kena faham
setiap langkah perlu dijaga
kah kah kah

Wednesday, November 2, 2011

Seksualiti Merdeka langgar hukum tuhan


Rabu 02/11/2011, 7.30 pm-10.30 pm, Bangunan Bar Council, Lebuh Pasar Besar, akan berlaku satu forum yang bakal mengundang bala dari Allah S.W.T. Forum itu dinamakan 'Human Right For LGBTIQ: Making It Real In Malaysia'. Forum ini dianjurkan bersama oleh KRYSS, Tenaganita, Empower dan Malaysian Bar Council. Kumpulan penaja dan penyokong ini juga turut dikenali dengan nama Seksualiti Merdeka 2011. LGBTQ adalah singkatan daripada Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Intersex dan Queer.

Forum ini bertujuan memperjuangkan kesamarataan dan menentang diskriminasi ke atas golongan LGBTIQ. Secara mudahnya, kumpulan Seksualiti Merdeka 2011 mahukan golongan2 tersebut bebas melakukan hubungan terkutuk mereka secara halal dan terbuka di Malaysia.


berita berkaitan, sila klik link dibawah:

PERKASA: Ambiga 'Dajal', mahu diambil tindakan

ACCIN buat laporan polis bantah 'Seksualiti Merdeka'

Seksualiti Merdeka: Bukan bebas tapi babas

Seksualiti Merdeka undang kemusnahan moral

Festival Seksualiti: Jangan tunggu laknat Allah


p/s: ingat kisah umat Nabi Luth ? jangan sampai kita semua dilaknat Allah S.W.T ..jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, jangan kerana golongan minoriti ni, kita sekali mendapat bala !

Tuesday, November 1, 2011

Filem seram mengekang minda


Baik kat tv mahupun kat wayang, tak abes2 dengan cerita hantu. Apa benda laa, dah takde idea ke nak buat cerita? Tahun ni je dah bermacam-macam cerita hantu yang keluar. Jika mengikut statistik 33 filem adalah bergenre seram/hantu daripada 98 filem yang dikeluarkan. Ini tak termasuk filem seram/hantu dari luar negara.

Aku setuju dengan pendapat Tun bahawa filem seram/hantu akan mengekang minda rakyat. Secara tidak langsungnya akan memberi kesan negatif terhadap usaha negara untuk mengejar wawasan 2020. Mana taknya, macam2 sangat benda mengarut atau tahyul dalam masyarakat kita ni. Khususnya orang melayu.

Contohnya percaya kat Pokok Ara ada penunggu, kat Pokok Kemboja ada Pontianak, potong kuku waktu malam akan pendek umur, bunyi burung hantu tanda orang nak mati. Aduhhh sedih aku tengok masyarakat kita ni. Aku juga setuju dengan pendapat Tok Guru bahawa filem seram/hantu boleh memesongkan akidah umat Islam jika tak kena cara.


p/s: maju bukan setakat pada struktur binaan, maju turut terletak pada daya pemikiran dan kerohanian.