Wednesday, November 9, 2011

GAJAH SIAM TUMBANG


Perlawanan kedua Group A berjaya diharungi skuad Ong Kim Swee dengan baik apabila mereka menewaskan Thailand 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta merupakan perlawanan yang kita boleh anggap sebagai hidup mati pasukan u-23 negara. Ini pasukan negara hanya mampu seri 0-0 pada perlawanan pertama ketika menentang Singapore.

Perlawanan tersebut jelas menunjukkan watak sebenar player2 negara. Asakan bertali arus yang dilancarkan menerusi barisan tengah yang diterajui gandingan Baddrol dan Irfan Fazail sambil dibantu Wan Zaharulnizam dan Fandi Othman tampak menghiburkan. Cuma kekurangan jiwa pemusnah Syahrul Azwari yang menyukarkan skuad negara untuk menghasilkan gol.

Walaubagaimanpun Baddrol akhirnya berjaya menembusi gawang Thailand pada minit ke 24' untuk meletakkan skuad negara mendahului 1-0 pada 1st half. Perlawanan kembali sengit pada babak kedua dengan kedua2 pasukan saling berbalas serangan sehinggalah Thailand berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 76'. Kemasukan Izzaq Faris akhirnya berjaya membawa kemenangan kepada skuad negara apabila menjaringkan gol pada minit ke 85'.


p/s: lepas nie kalahkan Kemboja dengan jaringan besar, lepas tu kita boleh pikir macam mana nak senyapkan penyokong2 Indonesia !

No comments:

Post a Comment