Tuesday, November 1, 2011

Filem seram mengekang minda


Baik kat tv mahupun kat wayang, tak abes2 dengan cerita hantu. Apa benda laa, dah takde idea ke nak buat cerita? Tahun ni je dah bermacam-macam cerita hantu yang keluar. Jika mengikut statistik 33 filem adalah bergenre seram/hantu daripada 98 filem yang dikeluarkan. Ini tak termasuk filem seram/hantu dari luar negara.

Aku setuju dengan pendapat Tun bahawa filem seram/hantu akan mengekang minda rakyat. Secara tidak langsungnya akan memberi kesan negatif terhadap usaha negara untuk mengejar wawasan 2020. Mana taknya, macam2 sangat benda mengarut atau tahyul dalam masyarakat kita ni. Khususnya orang melayu.

Contohnya percaya kat Pokok Ara ada penunggu, kat Pokok Kemboja ada Pontianak, potong kuku waktu malam akan pendek umur, bunyi burung hantu tanda orang nak mati. Aduhhh sedih aku tengok masyarakat kita ni. Aku juga setuju dengan pendapat Tok Guru bahawa filem seram/hantu boleh memesongkan akidah umat Islam jika tak kena cara.


p/s: maju bukan setakat pada struktur binaan, maju turut terletak pada daya pemikiran dan kerohanian.

No comments:

Post a Comment