Monday, October 31, 2011

Welcome Sifu !


Teka-teki akhirnya terjawab !

Irfan Bakti akhirnya menjawab segala persoalan kita iatu kemanakah hala tujunya selepas ini apabila meninggalkan Terengganu. Setelah berjaya membawa Terengganu muncul Juara Piala FA, Naib Juara Liga Super dan Naib Juara Piala Malaysia pada tahun ini, kini beliau membawa segala kertas taktikalnya ke Shah Alam. Beliau secara rasminya telah mengumumkan akan melatih pasukan Selangor bermula musim depan.

Kita mula nampak bahawa Selangor begitu berazam mahu kembali menggegar arena bola sepak negara. Dengan membawa Irfan Bakti ke Shah Alam, sudah tentu gerakan dan permainan pasukan Selangor selepas ini akan lebih tersusun dan sistematik. Selepas ini kita tunggu pula siapakah pemain2 baru yang bakal menyarung jersi Merah Kuning untuk musim depan bagi memperkasakan pasukan yang diberi jolokan Red Giant ini. Viva SELANGOR !


p/s: diharapkan usaha selangor utk membawa masuk Mateja Kezman akan berhasil. Dum-dum Ceng !

No comments:

Post a Comment