Monday, October 31, 2011

Welcome Sifu !


Teka-teki akhirnya terjawab !

Irfan Bakti akhirnya menjawab segala persoalan kita iatu kemanakah hala tujunya selepas ini apabila meninggalkan Terengganu. Setelah berjaya membawa Terengganu muncul Juara Piala FA, Naib Juara Liga Super dan Naib Juara Piala Malaysia pada tahun ini, kini beliau membawa segala kertas taktikalnya ke Shah Alam. Beliau secara rasminya telah mengumumkan akan melatih pasukan Selangor bermula musim depan.

Kita mula nampak bahawa Selangor begitu berazam mahu kembali menggegar arena bola sepak negara. Dengan membawa Irfan Bakti ke Shah Alam, sudah tentu gerakan dan permainan pasukan Selangor selepas ini akan lebih tersusun dan sistematik. Selepas ini kita tunggu pula siapakah pemain2 baru yang bakal menyarung jersi Merah Kuning untuk musim depan bagi memperkasakan pasukan yang diberi jolokan Red Giant ini. Viva SELANGOR !


p/s: diharapkan usaha selangor utk membawa masuk Mateja Kezman akan berhasil. Dum-dum Ceng !

English penting, aku setuju dengan Tun



kah kah kah
kah kah kah
Ape benda laa

Dulu in Malay
Now in English
Then nak tukar ke Malay semula

Apa sudah jadi?
Come on laa
Bukannya kita tak Melayu kalau Math and Sci dalam English
Bukannya pertuturan kita jadi pelat pun
Bukannya kulit kita berubah warna pun (padahal ramai yang pakai cream pencerah kulit)
Bukannya rambut kita berubah warna pun (padahal ramai yang blonde rambut)


kah kah kah
kah kah kah
Ape benda laa

Apa sudah jadi?
Come on laa
English adalah bahasa global
Itu hakikat
Kita kena kuasai English


p/s: daripada asyik nak bertukar-tukar sampai ke kiamat, lebih baik korang pikir camne nak improvekan English dikalangan pelajar2 Melayu. nie aku tgk nk speaking pn segan2.

Contoh terbaik buat kita



Alhamdulillah ..

Sejuk mata memandang, terasa nyaman jiwa. Contoh terbaik yang ditunjukkan penyokong2 pasukan Terengganu dengan solat berjemaah di perkarangan stadium. Tidak kira dimana, perkara yang wajib tetap perlu ditunaikan.

Apabila kita solat, insyaAllah perasaan yang mendorong kita untuk melakukan kesalahan seperti membakar mercun didalam stadium, bergaduh dan lain2 lagi akan terhindar. Kerana Allah S.W.T menjaga orang yang beriman.

p/s: semoga kita semua mencontohinya ..

Suara rakyat Suara keramat




Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Ni lah dia lirik lagu paling klasik dan mudah untuk kita nyanyikan. Lirik lagu ni mengajak kita semua(rakyat malaysia) untuk keluar mengundi dengan memilih salah satu parti yang bertanding bagi mewujudkan kerajaan yang akan mentadbir negara kita. Aku lebih suka gunakan ayat mentadbir berbanding memerintah. Sebab pada aku ayat memerintah ini memberi satu gambaran bahawa rakyat diperintah oleh kerajaan. Berlainan pula dengan ayat mentadbir iaitu ayat tersebut menggambarkan negara kita ditadbir.

Perbezaan kedua2 ayat ini adalah perintah bererti kita berkerja untuk mereka, manakala tadbir bererti mereka bekerja untuk kita(rakyat). Kita kena ingat, kita memilih mereka kerana kita mahukan mereka berkhidmat untuk rakyat. Bukannya diperhambakan oleh mereka. Oleh itu sebelum kita mengundi marilah kita berfikir masak2. Adakah berbaloi kita setia pada kerajaan yang tidak habis2 membebankan hidup kita. Usah takut untuk mengubah. Rakyat yang bijak adalah rakyat yang berfikir.


p/s: suara rakyat suara keramat, kuasa ditangan kita. kalau tak ok kita tukar, kalau tak ok lagi kita tukar lagi.

Sunday, October 30, 2011

Lulus ujian sebelum ke Jakarta


30 Oct, Skuad Ong Kim nampaknya berjaya melepasi ujian frenly match menentang pasukan U-23 Laos. Pertemuan ini merupakan persiapan bagi skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Jakarta bagi misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea yang berjaya dimenangi pada tahun 2009 dibawah kendalian K.Rajagobal.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu walaubagaimanapun menyaksikan skuad negara ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama setelah dibolosi pada minit ke 20. Bersambung separuh masa kedua, skuad negara berjaya bangkit dengan 4 gol melalui Fandi Othman, Shahrul Azwari 2 gol, dan Thamil Arasu. Masing-masing pada minit ke 62, 73, 77, dan 82. Perlawanan bagaimanapun terpaksa ditamatkan pada minit ke 87 akibat hujan terlalu lebat.


p/s: syabas ! tingkatkan usaha dan teruskan momentum kemenangan !

Dengan rasminya Liga Malaysia 2011 ditutup


Malam tadi tirai Liga Malaysia 2011 berakhir secara rasminya apabila N.Sembilan ditabalkan sebagai juara Piala Malaysia pada edisi kali ini. Walaupun Terengganu diangkat sebagai pasukan fevret dan berjaya mendahului 1-0 melalui jaringan Ashaari tetapi N.Sembilan berjaya bangkit dengan menjaringkan 2 gol pada 10 minit terakhir permainan melalui S.Kunanlan dan Hairuddin Omar.

Berikut adalah pemenang piala lain didalam Liga Malaysia pada tahun ini:

Piala Sumbangsih: Selangor 0-2 Kelantan
Piala FA: Kelantan 1-2 Terengganu
Liga Super: Kelantan
Piala Malaysia: Terengganu 1-2 Negeri Sembilan


p/s: semoga liga kita ke arah kemajuan, dan nantikan cabaran selangor tahun depan. hehe ..

Saturday, October 29, 2011

Shah Alam Jelapang Padi


Adooiiyaaii ..

Final Piala Malaysia 2011
Terengganu lwn N.Sembilan

Pehhh, spe tak nak tengok dow match nih !
Terengganu ada Ashaari, Manaf, Hadi Yahya.
Negori pulak ada Hairuddin, Shukor, Kunanlan.

Best tuu..kira sengit lah ek match tu..sebelum hari game dah start kontroversi harga TIKET MAHAL NAK MAMPOS..see? betapa bahangnya final tahun nih !

Barisan player2 semua dah best dah. Kaler dalam stadium pun dah cun dah, separuh hitam putih, separuh lagi hitam kuning.

Tapi yang cacatnya padang laa der. Padang serupa tempat katak dengan ular main kejar-kejar laa der. aku pun nak tengok match tu pun segan2 je. Negara kaya dah. Dana untuk FAM berjuta2 dah. Tapi padang macam SARANG KERBAU jugak. aduhhh hancur semangat aku nak tengok game best.