Monday, October 31, 2011

Suara rakyat Suara keramat




Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Ni lah dia lirik lagu paling klasik dan mudah untuk kita nyanyikan. Lirik lagu ni mengajak kita semua(rakyat malaysia) untuk keluar mengundi dengan memilih salah satu parti yang bertanding bagi mewujudkan kerajaan yang akan mentadbir negara kita. Aku lebih suka gunakan ayat mentadbir berbanding memerintah. Sebab pada aku ayat memerintah ini memberi satu gambaran bahawa rakyat diperintah oleh kerajaan. Berlainan pula dengan ayat mentadbir iaitu ayat tersebut menggambarkan negara kita ditadbir.

Perbezaan kedua2 ayat ini adalah perintah bererti kita berkerja untuk mereka, manakala tadbir bererti mereka bekerja untuk kita(rakyat). Kita kena ingat, kita memilih mereka kerana kita mahukan mereka berkhidmat untuk rakyat. Bukannya diperhambakan oleh mereka. Oleh itu sebelum kita mengundi marilah kita berfikir masak2. Adakah berbaloi kita setia pada kerajaan yang tidak habis2 membebankan hidup kita. Usah takut untuk mengubah. Rakyat yang bijak adalah rakyat yang berfikir.


p/s: suara rakyat suara keramat, kuasa ditangan kita. kalau tak ok kita tukar, kalau tak ok lagi kita tukar lagi.

No comments:

Post a Comment