Monday, October 31, 2011

Suara rakyat Suara keramat




Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Ni lah dia lirik lagu paling klasik dan mudah untuk kita nyanyikan. Lirik lagu ni mengajak kita semua(rakyat malaysia) untuk keluar mengundi dengan memilih salah satu parti yang bertanding bagi mewujudkan kerajaan yang akan mentadbir negara kita. Aku lebih suka gunakan ayat mentadbir berbanding memerintah. Sebab pada aku ayat memerintah ini memberi satu gambaran bahawa rakyat diperintah oleh kerajaan. Berlainan pula dengan ayat mentadbir iaitu ayat tersebut menggambarkan negara kita ditadbir.

Perbezaan kedua2 ayat ini adalah perintah bererti kita berkerja untuk mereka, manakala tadbir bererti mereka bekerja untuk kita(rakyat). Kita kena ingat, kita memilih mereka kerana kita mahukan mereka berkhidmat untuk rakyat. Bukannya diperhambakan oleh mereka. Oleh itu sebelum kita mengundi marilah kita berfikir masak2. Adakah berbaloi kita setia pada kerajaan yang tidak habis2 membebankan hidup kita. Usah takut untuk mengubah. Rakyat yang bijak adalah rakyat yang berfikir.


p/s: suara rakyat suara keramat, kuasa ditangan kita. kalau tak ok kita tukar, kalau tak ok lagi kita tukar lagi.

Sunday, October 30, 2011

Lulus ujian sebelum ke Jakarta


30 Oct, Skuad Ong Kim nampaknya berjaya melepasi ujian frenly match menentang pasukan U-23 Laos. Pertemuan ini merupakan persiapan bagi skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Jakarta bagi misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea yang berjaya dimenangi pada tahun 2009 dibawah kendalian K.Rajagobal.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu walaubagaimanapun menyaksikan skuad negara ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama setelah dibolosi pada minit ke 20. Bersambung separuh masa kedua, skuad negara berjaya bangkit dengan 4 gol melalui Fandi Othman, Shahrul Azwari 2 gol, dan Thamil Arasu. Masing-masing pada minit ke 62, 73, 77, dan 82. Perlawanan bagaimanapun terpaksa ditamatkan pada minit ke 87 akibat hujan terlalu lebat.


p/s: syabas ! tingkatkan usaha dan teruskan momentum kemenangan !

Dengan rasminya Liga Malaysia 2011 ditutup


Malam tadi tirai Liga Malaysia 2011 berakhir secara rasminya apabila N.Sembilan ditabalkan sebagai juara Piala Malaysia pada edisi kali ini. Walaupun Terengganu diangkat sebagai pasukan fevret dan berjaya mendahului 1-0 melalui jaringan Ashaari tetapi N.Sembilan berjaya bangkit dengan menjaringkan 2 gol pada 10 minit terakhir permainan melalui S.Kunanlan dan Hairuddin Omar.

Berikut adalah pemenang piala lain didalam Liga Malaysia pada tahun ini:

Piala Sumbangsih: Selangor 0-2 Kelantan
Piala FA: Kelantan 1-2 Terengganu
Liga Super: Kelantan
Piala Malaysia: Terengganu 1-2 Negeri Sembilan


p/s: semoga liga kita ke arah kemajuan, dan nantikan cabaran selangor tahun depan. hehe ..

Saturday, October 29, 2011

Shah Alam Jelapang Padi


Adooiiyaaii ..

Final Piala Malaysia 2011
Terengganu lwn N.Sembilan

Pehhh, spe tak nak tengok dow match nih !
Terengganu ada Ashaari, Manaf, Hadi Yahya.
Negori pulak ada Hairuddin, Shukor, Kunanlan.

Best tuu..kira sengit lah ek match tu..sebelum hari game dah start kontroversi harga TIKET MAHAL NAK MAMPOS..see? betapa bahangnya final tahun nih !

Barisan player2 semua dah best dah. Kaler dalam stadium pun dah cun dah, separuh hitam putih, separuh lagi hitam kuning.

Tapi yang cacatnya padang laa der. Padang serupa tempat katak dengan ular main kejar-kejar laa der. aku pun nak tengok match tu pun segan2 je. Negara kaya dah. Dana untuk FAM berjuta2 dah. Tapi padang macam SARANG KERBAU jugak. aduhhh hancur semangat aku nak tengok game best.

TAHNIAH SHARBINEE, anda buktikan kami betul


kah kah kah
kah kah kah
SHARBINNE OH SHARBINEE

kenapalah Rajagobal pilih ko
kenapalah Irfan Bakti pilih ko
kitorang semua heran
kitorang semua pelik

kah kah kah
kah kah kah
SHARBINEE OH SHARBINEE

ko ni mmg lawak r
ko silap lah
tempat ko kt Raja Lawak
bkn atas padang

kah kah kah
kah kah kah
SHARBINEE OH SHARBINEE

team mana ko main ko mmg watak utama
match mana ko main ko mmg watak utama
SEBAB KO ADALAH PEMUSNAH JIWA RAKAN2 DAN PENYOKONG


sketsa si luncai Sharbinee:

kalah 1-5 (Indonesia vs MALAYSIA)
kalah 3-5 (Singapore vs MALAYSIA)

kalah 1-2 (Terengganu vs N.Sembilan) final Piala Malaysia 2011
*GOL PALING BODOH ABAD INI YANG DILEPASKAN BELIAU

Friday, October 28, 2011

duit2 dimanakah engkau duit~ lagu rasmi FAM


1. DUIT
2. DUIT
3. DUIT
4. DUIT
5. DUIT
6. DUIT
7. DUIT
18. Bola Sepak

Aku rasa dalam kepala otak FAM nombor 1 sampai 7 yang dorang pikir DUIT DUIT DUIT. Nombor 18 baru dorang pikir pasal bola sepak. Itupun aku tengok ala kadar je. Nak kata bola sepak diutamakan aku tengok Liga Malaysia hampeh jugak. Padang macam SARANG KERBAU MANDI jugak. Tempat duduk stadium penuh TAIK BURUNG jugak. Bumbung Stadium Shah Alam tu aku tengok berlubang jugak. Kalau bab friendly match memang FRIENDLY SARKAS lah yang dorang buat. Bukan main payah nak atur frenly dgn negara. Tapi frenly dengan club2 BPL bkn main meriah lagi. Patut lah ranking FIFA Malaysia makin terjunam. Adoooiiiyaaaiii ...
Apa kebenda lah FAM nih ! makin hari makin teruk aku tengok ! Kritik tak boleh ! Tegur tak Boleh ! senang ceghita, FAM nih memang tak ada cita2 untuk majukan bola sepak negara. Percayalah cakap aku, aku dah bercucu pun Malaysia takkan ke Piala Asia selagi perangai FAM tak berubah !


p/s: aku dah kata, bila orang2 politik dgn orang2 tuutt pegang sukan nie lah jadinya.

bisa ayam pada tajinya, bisa Park Chu Young pada butnya


Dah lama aku nak tengok aksi Park Chu Young main dengan Arsenal tapi tak dapat jugak. Dalam BPL pun tak pernah main. Mungkin Wenger 'lebih mengenali pemainnya', pinjam ayat Rajagobal, hahaha. Baru-baru ni pulak aku dikejutkan dengan berita Park Chu Young score ketika perlawanan Arsenal menentang Bolton dalam Carling Cup. Arsenal menang tu tak terkejut, tapi apa yang aku terkejut park Chu Young score game tu. Maklum ler, baru 2 game dia main dah dapat score. Nampaknya begitu cepat dia serasi dengan cara permainan Arsenal. Cayalah Park Chu Young. Selaku orang Asia dan peminat pasukan South Korea, aku memang bangga dengan beliau.


p/s: hope Wenger akan beri lebih perhatian kat dia, sbb aku dh nmpk dia blh bg sukses utk Arsenal.